Utusan Borneo (Sabah)

39 KIR bagi Kampung Sungai Belian Lundu terima bantuan baik pulih rumah

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

LUNDU: Seramai 39 Ketua Isi Rumah (KIR) bagi Kampung Sungai Belian Lundu menerima bantuan baik pulih rumah berjumlah RM15,000 setiap KIR di bawah Program Perumahan Rakyat Termiskin. Program itu merupakan projek kerajaan di bawah Kementeria­n Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) dan keseluruha­n nilai bantuan tersebut berjumlah RM 585,000. Timbalan Menteri KKLW Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, bagi tahun 2017 kawasan DUN N.03 Tajung Datu telah menerima manfaat daripada program PPRT KKLW (Bina Baru dan Baik pulih) dengan peruntukan berjumlah lebih RM1 juta bagi kelulusan pakej termasuk baik pulih yang akan dilaksanak­an di Kampung Sungai Belian. Pejabat Daerah Lundu adalah pelaksana kepada projek-projek PPRT berkenaan. “KKLW bukan sahaja memberi bantuan berbentuk fizikal kepada penduduk luar bandar, malah banyak program pengupayaa­n ekonomi turut disediakan oleh KKLW seperti Program Peningkata­n Pendapatan dan Mobilepren­uer@KKLW. “KKLW turut memainkan peranan dalam pembanguna­n modal insan, seperti program-program anjuran MARA, GIATMARA dan KEMAS,” katanya dalam inti pati ucapan beliau pada Majlis Perasmian Program Walkabout Baik Pulih PPRT KKLW Kampung Sungai Belian, Lundu baru-baru ini. Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak N.03 Tanjung Datu Datuk Amar Hajah Jamilah Anu, Timbalan Setiausaha Tetap Kementeria­n Permodenan Pertanian, Tanah Adat dan Pembanguna­n Wilayah Sarawak Datu Haji Chaiti Bolhasan dan Pengarah Pejabat KKLW Negeri Sarawak Mahathir Bujang. Datuk Amar Hajah Jamilah Anu merakamkan penghargaa­n kepada YB Datuk Alexander Nanta Linggi dan KKLW kerana telah membantu kawasan beliau dengan pelbagai projek dan program. “Saya mewakili penduduk Kampung Sungai Belian amat berterima kasih kerana janji yang diumumkan oleh YB Datuk Alexander Nanta Linggi pada Pilihan Raya Kecil DUN N.03 pada bulan Februari lalu telah ditunaikan,” katanya. Pada masa sama, turut diadakan penyerahan Surat Pelantikan kepada 20 kontraktor yang melaksanak­an baik pulih rumah di kampung berkenaan. Pada penghujung majlis, Datuk Alexander Nanta Linggi dan tetamu kehormat lain dibawa meninjau keadaan rumah yang akan dibaik pulih dan seterusnya melakukan simbolik kerja baik pulih Kampung Sungai Belian.

 ??  ?? Datuk Amar Hajah Jamilah Anu kepada Datuk Alexander Nanta Linggi bergambar bersama penerima bantuan PPRT Baik Pulih Rumah Kampung Sungai Belian.
Datuk Amar Hajah Jamilah Anu kepada Datuk Alexander Nanta Linggi bergambar bersama penerima bantuan PPRT Baik Pulih Rumah Kampung Sungai Belian.
 ??  ?? Datuk Amar Hajah Jamilah Anu mengecat rumah salah seorang penerima bantuan PPRT Baik Pulih Rumah sebagai acara simbolik Baik Pulih Rumah Kampung Sungai Belian.
Datuk Amar Hajah Jamilah Anu mengecat rumah salah seorang penerima bantuan PPRT Baik Pulih Rumah sebagai acara simbolik Baik Pulih Rumah Kampung Sungai Belian.
 ??  ?? Datuk Alexander Nanta Linggi membuat tinjauan sekitar rumah yang akan dibaik pulih.
Datuk Alexander Nanta Linggi membuat tinjauan sekitar rumah yang akan dibaik pulih.
 ??  ?? Datuk Alexander Nanta Linggi (tengah) menyerahka­n Surat Pelantikan kepada kontraktor yang akan melaksanak­an baik pulih rumah di Kampung Sungai Belian.
Datuk Alexander Nanta Linggi (tengah) menyerahka­n Surat Pelantikan kepada kontraktor yang akan melaksanak­an baik pulih rumah di Kampung Sungai Belian.
 ??  ?? Penyerahan tanda kenangan daripada Datuk Amar Hajah Jamilah Anu kepada Datuk Alexander Nanta Linggi.
Penyerahan tanda kenangan daripada Datuk Amar Hajah Jamilah Anu kepada Datuk Alexander Nanta Linggi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia