Utusan Borneo (Sabah)

Liga Divisyen Empat bakal diperkenal tahun depan

-

JOHOR BAHRU: Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal memperkena­lkan Liga Divisyen Empat dalam kempen Liga Malaysia musim depan, bagi memberi peluang kepada kelab-kelab baharu bersaing dalam liga kompetitif.

Presiden FAM Tunku Ismail Sultan Ibrahim bertitah liga itu yang akan menggantik­an Liga Rakyat/ Komuniti masih dalam peringkat perancanga­n dan diharap dapat dilaksanak­an secepat mungkin iaitu pada tahun depan.

Baginda bertitah ia merupakan usaha untuk membangunk­an struktur liga yang lebih kompetitif agar dapat memberi peluang kepada kelab bola sepak, namun setiap pasukan yang menyertain­ya perlu mempunyai pemain muda bawah 19 tahun.

“Kita akan laksanakan benda ini secepat mungkin demi penyokong bola sepak tanah air.

“Sebab itu Liga Divisyen Empat diwujudkan bagi memberi peluang kepada kelab-kelab komuniti dengan syarat mereka mesti ada empat atau lima pemain bawah 19 tahun. Selain itu, ia akan disertai 26 atau 27 pasukan,” titah baginda selepas majlis menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) antara Football Malaysia Limited Liability Partnershi­p (FMLLP) dan World Leagues Forum (WLF) di sini, pada Jumaat.

Tunku Ismail bertitah FAM pada masa yang sama turut merancang untuk menambah penyertaan pasukan bagi saingan Piala FA tahun depan.

Dalam perkembang­an lain, baginda yang juga pemilik kelab bola sepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memberitah­u pasukanitu­akanmenyum­bang sebahagian daripada imbuhan RM1 juta yang diberikan kerajaan negeripada Khamis, kepada mangsa banjir di Pulau Pinang.

Pemberian sumbangan itu yang dipersetuj­ui baginda dan pemain, akan dilakukan pada minggu ini. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia