Utusan Borneo (Sabah)

250 peserta meriahkan Larian Konvo UMS 2017

- Penerima hadiah kemenangan setiap kategori merakamkan gambar kenangan.

KOTA KINABALU: Cuaca hujan pada acara pelepasan Larian Konvo Universiti Malaysia Sabah (UMS) tidak mematahkan semangat lebih 250 orang peserta yang memeriahka­n acara larian tersebut.

Acara larian anjuran Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Perakaunan (FPEP) UMS yang bersempena dengan Majlis Konvokesye­n UMS kali ke-19 yang bakal berlangsun­g pada 18-20 November melibatkan jarak larian 10 km bermula dari Padang Kawad UMS dan mengelilin­gi sekitar kampus UMS.

Menurut Pengarah Jawatankua­sa Penganjur yang juga merupakan pensyarah Program Kewangan & Perbankan, Azmi Abdul Majid, sambutan yang diterima amat menggalakk­an dari para peserta yang terdiri daripada warga pelajar dan kakitangan UMS serta orang luar.

“Ini meyakinkan pihak penganjur untuk menganjurk­an acara yang serupa pada masa hadapan,” katanya.

Beliau menambah, penganjura­n Larian Konvo ini turut mendapat kerjasama penajaan dari beberapa syarikat swasta antaranya Celcom Timur Sabah, PS Yap Isma & Associates, SEEDS, Tambisan Travel & Tours Sdn.Bhd,

PARA

Traverse Tours Sdn.Bhd dan AllExcel Trading Sdn.Bhd.

Acara Larian Konvo 2017 menyaksika­n enam kategori yang dipertandi­ngkan iaitu kategori Terbuka Lelaki dan Wanita, Kategori Veteran Lelaki dan Wanita, dan Kategori Pelajar Lelaki dan Wanita.

Bagi Kategori Terbuka Lelaki Jomon Papau dinobat sebagai juara, manakala Iqbal Iskandar Rosle dan Mohd Suffian Mansur masing-masing di tempat kedua dan ketiga.

Kategori Terbuka Wanita pula menyaksika­n Marlin Hing William muncul juara, manakala naib juara dan tempat ketiga disandang oleh Siti Salmi Tuah dan Shirlyn Lido.

Bagi Kategori Veteran Lelaki, Yusop Tungkop unggul untuk meraih tempat pertama, menewaskan Suhaipin Surin dan Eric Tai yang meraih tempat kedua dan ketiga, sementara Kategori Veteran Wanita menobatkan Chong Vun Lung selaku pemenang pertama, dan Amelia Chen dan Tan Kui Imm @ Jennifer memenangi tempat kedua dan ketiga.

Kategori Pelajar Lelaki menyaksika­n Zaid Suhaipin sebagai juara diikuti Kelvin Koniel dan Vivonjesri Esap sebagai naib juara dan tempat ketiga.

Sylvianie William unggul dalam Kategori Pelajar Wanita dengan meraih tempat pertama, manakala Joan Ng Siao Ting dan Zhang Ying Ting masing-maisng di tempat kedua dan ketiga.

Juara bagi Kategori Terbuka menawarkan hadiah wang tunai RM500 dan medal manakala naib juara dan tempat ketiga pula masingmasi­ng menerima RM300 dan RM100 berserta medal.

Bagi Kategori Veteran pula, hadiah wang tunai RM300 bagi juara, manakala tempat, kedua RM200 dan tempat ketiga RM100 beserta medal.

Untuk Kategori Pelajar, hadiah bagi juara adalah wang tunai RM200, manakala tempat kedua RM100 dan tempat ketiga RM50 berserta medal.

Hadiah berupa hamper turut diberikan kepada pemenang tempat keempat hingga kesepuluh bagi semua kategori.

Majlis pelepasan dan penyampaia­n hadiah kemenangan disempurna­kan oleh Dekan FPEP UMS, Prof. Madya. Dr. Raman Noordin yang mewakili Naib Canselor, Prof. Datuk Dr. D Kamarudin D Mudin.

 ??  ??
 ??  ?? DR. RAMAN (tengah) menyampaik­an hadiah kemenangan kepada peserta Kategori Pelajar Lelaki.
DR. RAMAN (tengah) menyampaik­an hadiah kemenangan kepada peserta Kategori Pelajar Lelaki.
 ??  ?? AKSI larian peserta dalam keadaan jalan raya yang basah.
AKSI larian peserta dalam keadaan jalan raya yang basah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia