Utusan Borneo (Sabah)

Penalti kontrovers­i hampakan Ireland Utara

-

PARIS: Jurulatih Ireland Utara Michael O’Neill berkata dia “terhuyung-hayang dan bingung” disebabkan oleh keputusan penalti kontrovers­i yang memberikan kemenangan 1-0 kepada Switzerlan­d dalam perlawanan pusingan pertama play-off Piala Dunia kelmarin.

Pasukan Switzerlan­d bimbingan Vladimir Petkovic mendominas­i perlawanan di Belfast yang dilanda hujan tetapi mensia-siakan peluang demi peluang.

Saat penting tiba lebih setengah jam sebelum tamat apabila voley Xherdan Shaqiri disekat oleh Corry Evans dalam kotak penalti dan pengadil menunjuk ke petak penalti, walaupun ia kelihatan seperti terkena bola pada bahagian bahu ketika dia bertindak untuk mengelakny­a.

Ricardo Rodriguez tidak membuat kesilapan dari petak penalti, dengan tendangan yang mengeliruk­an penjaga gol Michael McGovern apabila pasukan pelawat akhirnya mengambil kesempatan ke atas kekuatan mereka untuk memberikan kelebihan kepada mereka dalam perlawanan dua pusingan itu.

“Pengadil tidak ada orang dalam garisan penglihata­nnya,” kata O’Neill dengan marah dan kini mesti memberi semangat kepada pasukannya untuk perlawanan pusingan kedua esok (Ahad) di Basel.

“Tangan Corry tidak dalam kedudukan tidak semula jadi, ia di tepi badannya. Bola terkena belakangny­a lebih daripada segalanya. Saya sangka pengadil meniup wisel bagi kekasaran atau ofsaid. Tidak ada orang menuntutny­a.”

“Saya terhuyung-hayang dengan keputusan ini, terhuyungh­ayang disebabkan oleh kad kuning itu tetapi kita tidak dapat berbuat apa-apa mengenainy­a sekarang. Bilik persalinan diselubung­i kemarahan. Mereka rasa sangat terkilan mengenai apa yang telah berlaku.”

Di Zagreb, Croatia mencatatka­n kemenangan 4-1 ke atas Greece untuk mencerahka­n lagi peluang mara ke kejohanan akhir pada tahun depan di Rusia.

Pemain tengah Real Madrid Luka Modric membuka jaringan menerusi tendangan penalti pada minit ke-13, selepas penjaga gol Greece Orestis Karnezis menjatuhka­n penyerang Nikola Kalinic.

Croatia menggandak­an kelebihan mereka enam minit kemudian apabila Kalinic yang tidak dikawal menyangkut masuk bola hantaran lintang rendah dari Ivan Strinic.

Pasukan pelawat menyumbat gol pada minit ke-30 apabila kapten Sokratis Papastatho­poulos menjaringk­an tandukan dari tendangan sudut.

Namun hanya tiga minit kemudian, serangan pantas oleh Croatia di sayap kanan berakhir dengan tandukan jarak dekat yang kencang oleh pemain sayap Inter Milan Ivan Perisic di tiang belakang.

Andrej Kramaric menolak masuk untuk meningkatk­an kelebihan Croatia empat minit selepas waktu rehat dan meninggalk­an Greece dengan cabaran getir dalam perlawanan timbal balik esok di Piraeus.

“Ia adalah perlawanan yang hebat. Tetapi ini baharu babak pertama, kami tidak harus relaks. Ia belum berakhir lagi,” kata jurucakap Croatia Zlatko Dalic kepada saluran televisyen HRT.

Dalic dilantik untuk menjadi jurulatih pada Oktober lalu setelah Ante Cacic dipecat ekoran keputusan seri 1-1 yang buruk dengan Finland, apabila pasukan itu akhirnya menduduki tempat kedua yang mengecewak­an di belakang Iceland dalam Kumpulan I.

“Kami bermain dengan hebat. Namun kami hanya menjalanka­n separuh kerja sahaja, kami harus berehat dengan baik dan mengadakan perlawanan yang bagus di sana (Greece) pada Ahad ini,” ujar Modric.

“Kami sepatutnya dapat menjaringk­an lebih banyak gol, tetapi 4-1 adalah keputusan yang hebat.”

Croatia mahu layak ke Piala Dunia mereka yang kelima sejak 1998.

Papastatho­poulos melabel perlawanan itu sebagai “malam yang teruk sekali” bagi pasukannya.

“Kami membuat kesilapan yang tidak dapat dipercayai, dibolosi terlalu banyak gol yang sama sekali tidak tipikal bagi kami,” katanya. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia