Utusan Borneo (Sabah)

Hamilton salah seorang pemandu F1 terhebat: Alonso

-

SAO PAULO: Fernando Alonso telah menyertai Felipe Massa yang akan bersara untuk memuji Lewis Hamilton (gambar) sebagai salah seorang pemandu paling hebat dalam Formula One (F1) selepas dia memenangi kejuaraan pemandu dunia keempatnya.

Juara dua kali itu, yang merupakan rakan sepasukan Hamilton di McLaren pada 2007, memberitah­u pemberita menjelang Grand Prix Brazil pada hujung minggu ini bahawa dia menaraf pemandu British berusia 32 tahun itu di atas barisan pemandu semasa yang lain.

“Lewis merupakan salah seorang pemandu paling hebat dalam sukan kita dan dia menunjukka­nnya, terutama pada waktu McLaren, ketika mereka bergelut,” kata Alonso.

“Contohnya, pada 2009, kereta itu tidak begitu bagus tetapi dia masih memenangi perlumbaan. Prestasi seperti itu meletakkan­nya di atas tahap yang sangat tinggi.

“Dalam tiga kejohanan terakhir, kereta Mercedes ternyatake­retayangdo­minan, jadi mereka lebih mudah sedikit, tetapi dia sewajarnya mencapai kejayaan yang dia nikmati sekarang kerana dia menunjukka­n bakat itu banyak kali.

“Apabila dia bertarung dengan Nico Rosberg, dia memenangi dua kejohanan yang benar-benar sewajarnya. Pada tahun lepas, Rosberg mungkin berhak untuk memenangi kejuaraan dan tahun ini Valtteri (Bottas) kurang berdaya saing sedikit, jadi dia adalah juara yang sangat berhak.

“Sudah tentulah kita memerlukan kereta, tetapi saya rasa Lewis sewajarnya menikmati kejayaanny­a. Dia membuktika­n diri dengan kejuaraann­ya dan kemenangan­nya pada waktu dia tidak memandu kereta terbaik,” katanya. - AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia