Utusan Borneo (Sabah)

XPDC-Prime Domestic bergabung dalam konsert ‘Public Distortion’

-

DUA kumpulan rock, Prime Domestic dan XPDC bakal berkolabor­asi menerusi konsert ‘Public Distortion’ di Oasis Square, Oasis Damansara pada 9 Disember ini.

Persembaha­n ‘live’ konsert ini diadakan sempena kelahiran album sulung Prime Domestic yang berjudul Prima Domestika, demikian menurut pihak penganjur pada sidang media baru-baru ini.

Konsert selama tiga jam anjuran J&J Rochestra, Lifescape dan Oasis ini dijangka membina platform baharu kepada arena muzik rock tempatan.

Menurut kenyataan penganjur, ‘Public’ bererti orang awam dan para peminat muzik rock khususnya yang menyokong persembaha­n ‘live’ oleh kumpulan rock tempatan.

Selain bererti gajet yang bingit, ‘distortion’ yang mendefinas­ikan istilah muzik rock, membawa maksud luahan dan ekspresi dari jiwa pemuzik melalui muzik, katanya.

Meskipun Prime Domestic merupakan kumpulan yang baharu, namun nama-nama yang membentuk kumpulan tersebut bukan calang-calang pemuzik dan artis dalam arena muzik rock tempatan.

Selain bekas anggota kumpulan Wings iaitu Joe, anggota kumpulan Prime Domestic juga terdiri daripada Aweera, Hillary Ang, Fauzi dan Ainol.

Menurut Joe, kumpulan XPDC terpilih untuk berkolabor­asi dengan Prime Domestic kerana mereka mempunyai pengalaman dalam mengadakan persembaha­n secara ‘live’.

XPDC sinonim dengan gelaran ‘Raja Funfair’ di mana mereka mendekatka­n diri dengan peminat di tapak-tapak ekspo, dengan persembaha­n ‘live’ yang bertenaga sejak dulu lagi.

Bagi merancakka­n lagi konsert Public Distortion, pihak penganjur akan membawa dua orang lagenda rock untuk bersama-sama berkolabor­asi dengan Prime Domestic dan XPDC.

 ??  ??
 ??  ?? KUMPULAN BAHARU: Prime Domestic terdiri daripada Joe, Aweera, Hillary Ang, Fauzi dan Ainol.
KUMPULAN BAHARU: Prime Domestic terdiri daripada Joe, Aweera, Hillary Ang, Fauzi dan Ainol.
 ??  ?? XPDC
XPDC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia