Utusan Borneo (Sabah)

Salur peruntukan lebih besar untuk tingkat perkhidmat­an kesihatan di negeri Sabah

Untuk tingkatkan perkhidmat­an kesihatan di negeri Sabah

- Oleh DELLROY

TENOM: Dalam Bajet 2018 yang dibentangk­an oleh Perdana Menteri Datuk Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak pada 27 Oktober lepas meyakinkan kesungguha­n kerajaan Persekutua­n untuk meningkatk­an kualiti perkhidmat­an kesihatan yang penting untuk melahirkan rakyat yang sihat mental dan fizikal.

Justeru itu, Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah Datuk Seri Panglima Radin Malleh, berharap kerajaan Persekutua­n akan menyalurka­n peruntukan lebih besar untuk meningkatk­an perkhidmat­an kesihatan di negeri Sabah terutamany­a menaiktara­f Hospital Daerah Tenom yang telahpunbe­rusia58tah­unyang merupakan hospital kedua tertua di Sabah serta membina klinik-klinik kesihatan baharu yang difikirkan sesuai untuk para penduduk di Mukim Entabuan, Pangi, BatuBatu, Paguokon dan lain-lain tempat di daerah ini.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Terbuka Hospital Daerah Tenom di sini pada Jumaat.

Katanya, Klinik Kesihatan Melalap pula wajar dinaiktara­f menjadi hospital bagi menampung keperluan para penduduk yang akan bertambah apabila pembanguna­n Pekan Baharu Melalap di kawasan tanah seluas 200 ekar tanah itu siap nanti.

“Kerajaan negeri Sabah bersedia menyediaka­n lot tanah yang sesuai di kawasan pembanguna­n Pekan Baharu Melalap itu sekiranya cadangan membina hospital baharu itu dilaksanak­an oleh kerajaan Persekutua­n khasnya Kementeria­n Kesihatan Malaysia dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 ini,” katanya.

Mengenai program itu Radin yang juga Adun Melalap berkata, program yang bertemakan ‘Bersama Untuk Kesihatan’ merupakan salah satu inisiatif yang diambil oleh pihak Hospital Daerah Tenom untuk mendekatka­n diri dengan masyarakat dan memberi ruang kepada pihak hospital untuk memperkena­lkan perkhidmat­andankemud­ahan yang disediakan kepada para pelanggann­ya.

“Melalui program seumpama ini, pihak hospital berharap akan mendapat kerjasama daripada pelbagai pihak sebagai satu cara untuk memberi keyakinan dan pemahaman yang jelas berkaitan pelbagai perkara serta isu berkaitan perkhidmat­an kesihatan, terutamany­a penambahba­ikan sistem perkhidmat­an kesihatan yang semakin hari semakin pesat membangun dan mencabar,” katanya.

Jelasnya lagi, ini adalah usaha yang dilaksanak­an dan juga apa yang disebut sebagai ‘public engagement’ yang merupakan salah satu tanggungja­wab sosial kementeria­n terhadap masyarakat, supaya setiap dasar yang dilaksanak­an tidak memberi tanggapan negatif terhadap Hospital Tenom khususnya dan Kementeria­n Kesihatan amnya.

Pada majilis ini, turut diadakan bacaan ikrar oleh 19 orang Ahli Lembaga Pelawat Hospital Daerah Tenom sempena penerimaan watikah pelantikan masingmasi­ng dan penyampaia­n sijil kepada 26 orang penderma darah yang telah melebihi 50 kali menderma serta penyampaia­n tablet kepada pihak pengurusan hospital ini.

Hadir sama, Pengarah Hospital Daerah Tenom Loly Mealonny Geoffrey, Clarence Puin Pinduruh, Penolong Pegawai Daerah (wakil Madiyem Layapan), Pegawai Daerah Tenom, Simon Mamat, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Kawasan N.35 Melalap, Norhazrila­h Latif, Pengerusi Ahli Lembaga Pelawat Hospital Daerah Tenom,DSP Mohamad Firdaus Francis Abdullah, Ketua Polis Daerah Tenom serta warga Jabatan Kesihatan Daerah Tenom, Ahli-ahli Lembaga Pelawat Hospital Tenom, para penderma darah, wakil-wakil badan-badan bukan kerajaan dan pemimpin masyarakat.

“Kerajaan negeri Sabah bersedia menyediaka­n lot tanah yang sesuai di kawasan pembanguna­n Pekan Baharu Melalap itu sekiranya cadangan membina hospital baharu itu dilaksanak­an oleh kerajaan persekutua­n khasnya Kementeria­n Kesihatan Malaysia KKM dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-11 ini, ” DATUK SERI PANGLIMA RADIN MALLEH Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Sabah

 ??  ?? NORHAZRILA­H, mengetuai Ahli-ahli Lembaga Pelawat Hospital Tenom dalam upacara lafaz ikrar pelantikan mereka.
NORHAZRILA­H, mengetuai Ahli-ahli Lembaga Pelawat Hospital Tenom dalam upacara lafaz ikrar pelantikan mereka.
 ??  ?? RADIN menyampaik­an sumbangan satu unit tablet Samsung Galaxy Tab kepada Dr. Loly untuk kegunaan rasmi Hospital Tenom.
RADIN menyampaik­an sumbangan satu unit tablet Samsung Galaxy Tab kepada Dr. Loly untuk kegunaan rasmi Hospital Tenom.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia