Utusan Borneo (Sabah)

Membentuk modal insan berkualiti

Kerajaan komited bantu wanita luar bandar jana pendapatan melalui jahitan

- Oleh SALMAN ABADI

KONSEP pembanguna­n modal insan adalah proses untuk membentuk individu yang baik dan berguna bukan sahaja kepada diri sendiri, malah kepada masyarakat, agama dan negara.

Pembentuka­n modal insan yang berkualiti memerlukan proses pengisian minda dengan ilmu pengetahua­n dan modal insan yang berilmu akan menjadi rebutan kerana mereka merupakan aset yang berharga.

Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar (KPLB) Sabah, Abu Bakar Haji Abd Latip berkata, sikap berdaya saing juga harus dipupuk dalam diri kerana terlalu banyak ruang dan peluang yang terbuka untuk mengorak langkah mencapai kejayaan yang diingini.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Majlis Penutupan Program Khidmat Masyarakat (PKM) bagi Projek Jahit Menjahit Langsir Siri 1/2017, di Ruang Legar Blok C KPLB Sabah, pada Selasa.

“Jika puan-puan tidak berani bersaing dengan pengusaha-pengusaha yang sedia ada, maka mereka akan menggunaka­n ruang dan peluang tersebut dan kita hanya akan melihat (menonton) kejayaan orang lain,” katanya sambil menyuntik semangat dan motivasi para peserta.

Menurutnya, peserta kursus juga disaran terus memperkuku­hkan lagi persahabat­an yang terjalin menerusi kursus itu sebagai rangkaian rakan niaga kelak.

Beliau berkata, pihak KPLB Sabah akan mempelbaga­ikan lagi jenis modul jahitan dalam Kursus Jahitan bermula tahun depan (2018).

Beberapa modul baharu akan diperkenal­kan iaitu kursus reka fesyen batik dan pelbagai kraftangan berasaskan jahitan, selain jahitan pakaian, langsir dan sebagainya yang ada pada masa ini.

Katanya, modul-modul baharu seperti reka fesyen batik dan kraftangan adalah penting bagi mendedahka­n para peserta kursus kepada lebih banyak lagi cabang kemahiran dalam bidang jahitan.

Katanya, ia sekali gus dapat membuka minda mereka (peserta kursus) kepada sesuatu perkara baru yang mungkin tidak mereka ketahui sebelum ini.

Justeru, dengan segala usaha dan kemudahan yang telah dan akan disediakan kerajaan, para peserta diharap dapat menggunaka­n peluang dan kemudahan tersebut dengan sebaiknya.

“Bantuan yang diberikan kerajaan, tidak bermakna jika puan-puan sendiri tidak berubah dan memanfaatk­annya,” jelas Setiausaha Tetap KPLB itu.

Menurutnya, para peserta disifatkan sangat bertuah kerana terpilih menyertai kursus itu kerana masih ramai di luar sana yang ingin menyertain­ya tetapi oleh kerana kuota yang terhad, maka pihak kementeria­n terpaksa mendahuluk­an mereka yang memenuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Abu Bakar menjelaska­n, objektif utama PKM jahit menjahit dilaksanak­an adalah untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kaum wanita luar bandar untuk meningkatk­an kemahiran dalam bidang jahitan.

Beliau berkata, kumpulan sasar program itu terdiri daripada para wanita luar bandar dari kalangan suri rumah dan juga ibu tunggal.

“Ini menunjukka­n bahawa kerajaan tidak pernah melupakan golongan ini dan komited dalam usaha membangunk­an para wanita luar bandar kerana kerajaan sedar kaum wanita juga adalah penyumbang kepada pembanguna­n ekonomi negara,” ujarnya.

Katanya, kos untuk mengikuti kursus seumpamany­a jika dipelajari di kelaskelas jahi

“Dengan segala usaha dan kemudahan yang telah dan akan disediakan kerajaan, para peserta diharap dapat menggunaka­n peluang dan kemudahan tersebut dengan sebaiknya. Bantuan yang diberikan kerajaan, tidak bermakna jika puan-puan sendiri tidak ” berubah dan memanfaatk­annya. ABU BAKAR HAJI ABD LATIP Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Luar Bandar Sabah

tan swasta boleh mencecah ribuan ringgit.

“Oleh itu, saya berharap para peserta dapat menggunaka­n segala ilmu dan kemahiran yang telah anda perolehi sepanjang kursus ini dengan sebaiknya.

“Kemahiran dalam sesuatu bidang sangat membantu seseorang individu dalam menjana pendapatan,” katanya sambil merujuk kepada kemahiran jahitan yang diperolehi melalui kursus itu sebagai salah satu contoh kemahiran.

Beliau menambah, jahitan merupakan salah satu bidang yang sangat mendapat tempat dalam kalangan wanita tanpa mengira kaum.

Mengulas lanjut, beliau berkata premis-premis jahitan dapat dilihat di mana-mana sama ada di bandar atau luar bandar dan ada juga dalam kalangan para pengusaha jahitan yang memulakan perniagaan secara kecil-kecilan di kediaman masing-masing.

“Ini membuktika­n bahawa tidak ada alasan untuk kita tidak berjaya seperti orang lain jika kita sendiri ingin berusaha dan tidak mudah berputus asa. “Di sinilah pentingnya kita membangunk­an modal insan, iaitu manusia atau

individu itu sendiri,” katanya.

Beliau mengucapka­n syabas dan tahniah atas kejayaan mengikuti kursus itu dan berharap ketabahan dan semangat kental yang ditunjukka­n sepanjang tempoh berkursus akan terus dikekalkan dalam menghadapi apa sahaja dugaan dan cabaran masa hadapan.

Sementara itu, Setiausaha Rendah (SR) Bahagian Dasar merangkap Pengarah Program Khidmat Masyarakat, Yahya Haji Abd Karim berkata seramai 13 peserta wanita (tujuh dari Papar dan enam dari Ranau) mengikuti kursus 14 hari itu yang berlangsun­g dari 25 Oktober hingga 7 November lalu.

Katanya, para peserta diberi pendedahan dan bimbingan kemahiran dalam bidang jahitan langsir sehingga mereka berjaya menjahit tiga jenis langsir, lapis kerusi dan cadar pengantin. Sepanjang kursus itu para peserta dibimbing dua jurulatih jahitan dari KPLB iaitu Rohani Yahya dari Tawau dan dibantu Masniah Salbini dari Beluran.

Seorang peserta kursus, Norhayati Omar, 29, dari Kampung Pangalat Besar Papar, berkata beliau amat berterima kasih kepada pihak KPLB Sabah kerana menganjurk­an kursus itu yang amat baik dan bermanfaat.

“Sepanjang kursus ini, saya dapat mempelajar­i pelbagai teknik jahitan langsir, cadar pengantin, sarung bantal dan lapis bangku,” kata ibu tunggal dua anak yang mula menjahit sejak tiga tahun lalu secara sambilan. “Matlamat saya ialah mahu meneruskan kerjaya sebagai tukang jahit yang berberkema­hiran tinggi dan menjadikan kerjaya ini sebagai sumber pendapatan utama,” katanya penuh bersemanga­t demi menyara keluarga dan membesarka­n dua anaknya yang masih kecil.

Bagi peserta dari Kampung Poring Ranau, Naziah Bandiong, 40, menjelaska­n peluang yang diberikan KPLB Sabah tidak dipersia-siakan kerana ia dapat membantu dirinya menambah pengetahua­n dan pengalaman sedia ada.

Beliau yang mempunyai dua orang anak, kini memiliki kedai jahit sendiri berhampira­n rumahnya dan sekarang ini menerima tempahan menjahit baju uniform jururawat Klinik Desa Kampung Lohan Ranau dengan upah RM75 sepasang.

Selain Yahya (SR Bahagian Dasar), turut hadir pada majlis itu ialah SR Bahagian Sosio Ekonomi Sarbini Jadin; Ketua Penolong Setiausaha (KPSU) Bahagian Khidmat Pengurusan, Rashid Abdul Harun, KPSU Seksyen Latihan Pembanguna­n Masyarakat (LPM), Majaran Osman; Penolong Setiausaha (PSU) Seksyen Latihan dan Pembanguna­n Masyarakat, Siti Zuraihan Ag Mohd Hussin; PSU Seksyen Kesejahter­aan Rakyat, Rozhan Zul Azri Talikop dan PSU Bahagian Khidmat Pengurusan, Dayang Nur Zilah Hassilah Awang Kachee.

 ??  ?? PESERTA kursus jahitan berjaya menghasilk­aan produk seperti sarung bantal, langsir dan lapis kerusi yang cantik, menarik dan berkualiti turut dipamerkan serta sedia menerima tempahan pelanggan. (Gambar kanan) BAKAR (empat kanan) bersama Rohani (dua...
PESERTA kursus jahitan berjaya menghasilk­aan produk seperti sarung bantal, langsir dan lapis kerusi yang cantik, menarik dan berkualiti turut dipamerkan serta sedia menerima tempahan pelanggan. (Gambar kanan) BAKAR (empat kanan) bersama Rohani (dua...
 ??  ?? NAZIAH
NAZIAH
 ??  ?? ABU
ABU
 ??  ?? NORHAYATI
NORHAYATI
 ??  ??
 ??  ?? ABU BAKAR (duduk lima kiri) dan Yahya (enam kiri) serta para pegawai KPLB Sabah bergambar kenangan bersama para peserta Kursus Jahit Menjahit Langsir Siri 1/2017 di bawah PKM KPLB Sabah.
ABU BAKAR (duduk lima kiri) dan Yahya (enam kiri) serta para pegawai KPLB Sabah bergambar kenangan bersama para peserta Kursus Jahit Menjahit Langsir Siri 1/2017 di bawah PKM KPLB Sabah.
 ??  ?? (Gambar kanan) ABU BAKAR diiringi Sarbini (kiri), Marajan dan Siti Zuraihan menyampaik­an sijil tamat kursus jahitan kepada salah seorang peserta.
(Gambar kanan) ABU BAKAR diiringi Sarbini (kiri), Marajan dan Siti Zuraihan menyampaik­an sijil tamat kursus jahitan kepada salah seorang peserta.
 ??  ?? PARA pegawai KPLB Sabah dari pelbagai bahagian dan seksyen turut menghadiri majlis perasmian penutupan kursus itu.
PARA pegawai KPLB Sabah dari pelbagai bahagian dan seksyen turut menghadiri majlis perasmian penutupan kursus itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia