Utusan Borneo (Sabah)

Hargai kemudahan sekolah

Saranan kepada pelajar SM St. Anthony

-

LABUAN: Pelajar Sekolah Menengah(SM)St.Anthony Wilayah Persekutua­n Labuan diminta untuk menghargai segala kemudahan yang diperolehi di sekolah.

Ini kerana, jika dibandingk­an zaman dahulu dengan sekarang, pelajar masa ini lebih banyak mendapat kemudahan termasuk kelebihan akses internet lebih luas dan teknologi yang semakin canggih.

Demikianka­taBapaAngk­at Korporat SM St Anthony Dato’ Haji Harris Haji Annuar Tan dalam ucapan perasmian sempena Majlis Anugerah Kecemerlan­gan SM St. Anthony 2017 yang diadakan pada Jumaat.

Harris turut merakamkan ucapan terima kasih di atas pemilihan beliau sebagai Bapa Angkat Korporat SM St Anthony.

Beliau menerima tanggungja­wab ini dengan sedaya upaya dan akan memberikan bantuan dalam mencari dana bagi projek pembanguna­n sekolah seperti kemudahan makmal komputer dan penambahan bilik darjah.

Pada majlis itu beliau telah menandatan­gani MoU dengan pihak sekolah secara rasminya dan menjadi Bapa Angkat Korporat SM St. Anthony WP Labuan.

Sementara itu, dalam ucapan Ketua Sektor Pembanguna­n Akademik, Jabatan Pendidikan Labuan Maimoon Matnooh menasihatk­an pelajar untuk belajar lebih awal dan bukannya pada waktu-waktu terakhir menjelang hari peperiksaa­n.

Hal ini bagi memastikan pelajar bersedia dan lebih yakin apabila menjawab kertas soalan.

Beliau juga mengucapka­n syabas dan tahniah kepada pihak sekolah di atas pencapaian cemerlang sepanjang 2017.

Maimoon turut merakamkan penghargaa­n kepada Ahli Lembaga Sekolah dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) di atas komitmen yang diberikan kepada SM St. Anthony.

Beliau berharap sokongan seperti ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Pengetua SM St. Anthony Dona Undoh dalam ucapannya pula mengucapka­n setinggi-tinggi penghargaa­n dan terima kasih di atas kesudian Dato’ Hj. Harris Hj. Annuar Tan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Asian Supply Base (ASB) menjadi Bapa Angkat Korporat SAS.

Katanya, Dato’ Harris yang juga merupakan bekas pelajar SAS semestinya menjadi ikon dan contoh kepada muridmurid SAS untuk mencapai kejayaan cemerlang dalam pelbagai bidang.

Dona turut merakamkan ucapan penghargaa­n kepada PIBG 2016 kerana telah memberi sumbangan seperti menaja hadiah untuk program Merentas Desa Peringkat Sekolah dan menganjurk­an Charity Dinner untuk mengutip dana bagi membina dewan terbuka sekolah.

Pada majlis itu, Nur Anis Sofea Fathi yang memperoleh 4A, 3A- dan 1B+ telah dipilih menjadi Pelajar Cemerlang SPM bagi tahun 2016.

Pencapaian SM St. Anthony dalam SPM 2016 ialah 82.14 peratus. Terdapat tiga matapelaja­ran yang mencatatka­n keputusan 100 peratus lulus iaitu Kesusaster­aan Melayu, Pendidikan Seni Visual dan Fizik.

Manakala mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik Tambahan, Prinsip Akaun, Ekonomi Asas, Kimia, Biologi, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Perdaganga­n mencatatka­n peningkata­n peratus lulus dan GPMP.

Bagi PT3 2016 pula, sekolah telah mencatatka­n pencapaian 32.22 peratus yang mengambil kira lulus bagi semua matapelaja­ran.

Terdapat dua mata pelajaran yang mencatatka­n kelulusan 100 peratus iaitu Bahasa Melayu Lisan Bertulis dan Bahasa Cina.

Manakala bagi matapelaja­ran yang mencatatka­n peningkata­n peratus lulus dan peningkata­n GPMP ialah Bahasa Melayu Lisan Bertulis, Bahasa Inggeris Lisan, Sejarah, Sains, Kemahiran Hidup Perdaganga­n dan Matematik.

Bagi anugerah Pelajar Cemerlang PT3 2016 pula terdapat seramai 10 orang penerima yang mendapat 7A dan 6A.

Selain itu, bidang kokurikulu­m turut mencatatka­n kecemerlan­gan pada tahun 2017.

Pencapaian peringkat antarabang­sa ialah dalam Brunei Open & Masters Swimming Championsh­ips 2017 menerusi Bryan Chin Bao Yang.

Beliau telah memperoleh­i pingat emas dalam freestyle relay, pingat perak dalam 100M breaststro­ke, 50M breaststro­ke dan 50M freestyle serta pingat gangsa dalam 50M butterfly.

Bryan turut dinobatkan sebagai Tokoh Sukan Lelaki manakala Tokoh Sukan Perempuan dinobatkan kepada Nazeera Anak Jerah yang telah dianugerah­kan sebagai Olahragawa­ti P15 MSSWPL, perak lempar cakera P15, emas merejam lembing P15 dan telah memecahkan rekod pada Kejohanan Sukan MSSWPL yang lalu.

Selain itu, pelbagai kejayaan telah diraih dalam bidang kokurikulu­m baik di peringkat negeri mahupun kebangsaan.

Manakala, dalam bidang hal ehwal murid, sekolah berusaha mencapai kehadiran murid 95 peratus dan ke atas mengikut ketetapan KPI KPM.

Pihak sekolah telah menerima sijil penghargaa­n bagi kehadiran murid 95 peratus dan ke atas bagi bulan Januari, Mac, April, Julai dan September. Seramai 46 orang pelajar telah menerima anugerah kehadiran penuh 100 peratus.

Sebagai menghargai sumbangan yang diberikan kepada pihak-pihak yang sentiasa prihatin terhadap pembanguna­n anak-anak di sekolah itu, sekolah telah memberikan penghargaa­n melalui penyampaia­n anugerah khas.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah mantan YDP PIBG Datuk Peter Mak, Bendahari PIBG Dr. Baby Chong Vui Hiong dan wakil Pegawai Perhubunga­n Polis Sekolah, Sarjan Jusman Toba.

 ??  ?? HARRIS (tiga dari kiri) menerima cenderahat­i daripada Dona sambil diperhatik­an oleh Maimoon, Friddy dan Jefry.
HARRIS (tiga dari kiri) menerima cenderahat­i daripada Dona sambil diperhatik­an oleh Maimoon, Friddy dan Jefry.
 ??  ?? MAIMOON bersama penerima anugerah Majlis Anugerah Kecemerlan­gan SM St. Anthony 2017.
MAIMOON bersama penerima anugerah Majlis Anugerah Kecemerlan­gan SM St. Anthony 2017.
 ??  ?? DONA (tiga kiri) dan Maimoon (tiga kanan) bersama penerima Anugerah Khas.
DONA (tiga kiri) dan Maimoon (tiga kanan) bersama penerima Anugerah Khas.
 ??  ?? JEFRY menyampaik­an sijil kepada salah seorang pelajar.
JEFRY menyampaik­an sijil kepada salah seorang pelajar.
 ??  ?? HARRIS menyampaik­an ucapan perasmian.
HARRIS menyampaik­an ucapan perasmian.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia