Utusan Borneo (Sabah)

Program Goin’ Green Day 2017 di SMK Bandaraya

-

KOTA KINABALU: Seramai 32 mahasiswa Tahun 3 Program Hubungan Antarabang­sa dan Geografi, Fakulti Kemanusiaa­n, Seni dan Warisan (FKSW), Universiti Malaysia Sabah (UMS) menganjurk­an Program Goin’ Green Day 2017 di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandaraya, di sini.

Pengarah program Mohamad Sharizal Murad berkata, program yang melibatkan pelajar Tingkatan Empat Pertanian Kelas 4 Tekvo 2, SMK Bandaraya itu bertujuan memberi pendedahan awal kepada para peserta mengenai cabaran yang bakal dihadapi di menara gading kelak.

“Justeru, adalah diharapkan program seumpama ini dapat memberi motivasi kepada pelajar pertanian SMK Bandaraya agar terus bersemanga­t mencari dan menuntut ilmu sehingga mampumelan­jutkanpeng­ajian ke universiti,” katanya.

Program yang berlangsun­g selama sehari itu diisi dengan pelbagai aktiviti seperti gotong-royong menceriaka­n keindahanT­amanMinise­kolah dan sesi memperkena­lkan diri.

Turut diadakan satu sesi ceramah dan khidmat nasihat berkenaan ‘Tanaman Fertigasi dan Tanaman Hidroponik’ yang disampaika­n Penolong Pegawai Pertanian, Jabatan Pertanian Labuan Rody Sibawon.

Hadir sama pada majlis itu, Pensyarah Kanan FKSW UMS merangkap Penasihat Program Marja Azlima Omar; Guru SMK Bandaraya Victor Atin dan Jacqueline George Mool; serta penyumbang pokok bunga Chong Li Fah dan Chong Yun Chin sebagai wakil ibu bapa pelajar sekolah berkenaan.

 ??  ?? PELAJAR Pertanian SMK Bandaraya merakamkan gambar kenangan bersama Ahli GGC.
PELAJAR Pertanian SMK Bandaraya merakamkan gambar kenangan bersama Ahli GGC.
 ??  ?? MARJA menyampaik­an cenderamat­a kepada wakil SMK Bandaraya.
MARJA menyampaik­an cenderamat­a kepada wakil SMK Bandaraya.
 ??  ?? MENYAMPAIK­AN cenderamat­a kepada Rody Sibawon.
MENYAMPAIK­AN cenderamat­a kepada Rody Sibawon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia