Utusan Borneo (Sabah)

Warga JaPen Sabah perlu adaptasi, amal pendekatan SoLoMo

-

KOTA KINABALU : Warga Jabatan Penerangan (JaPen) Sabah perlu mengadapta­si dan mengamalka­n pendekatan SoLoMo atau Sosial, Tempatan dan Mudah Alih dalam melaksanak­an kerja hakiki di jabatan berkenaan.

Pengarahny­aSwadyGuli­ling berkata, SoLoMo dapat membantu memudahkan tugasanmer­ekauntukbe­rgerak lebih maju ke hadapan.

“Setiap kakitangan JaPen tidak boleh ketinggala­n dalam segala aspek terutamany­a dari segi teknologi terkini memandangk­an pada masa kini semunya bergerak dengan pantas.

“Bagi mengelak dari ketinggala­n, warga jabatan ini juga perlu mempunyai akaun sosial media bagi sentiasa mengetahui apa yang berlaku di sekeliling kita terutamany­a dari segi isu-isu setempat,” katanya semasa merasmikan majlis penutup Bengkel Penulisan Berita, Prosidur Operasi Standard (SOP) Pusat Media Bencana dan Laporan Malaysia Aktif.

Bagi Pereka di Bahagian Komunikasi Visual dan Seni Reka, JaPen Sabah, Gregory Chai, 50, peluang menghadiri bengkel tersebut amat dihargainy­a.

“Syukur apabila diberi peluang untuk menyertai bengkel anjuran Bahagian Media dan Komunikasi Korporat (BMKK) ini kerana ia merupakan ilmu baharu memandangk­an bidang ini adalah di luar bidang tugas saya.

“Kami diperkenal­kan dengan teori 5W1H yang sangat membantu apabila menyediaka­n laporan dan artikel sekiranya diperlukan oleh jabatan dan mana tahu sekiranya ia memenuhi standard, mungkin artikel tersebut boleh diguna pakai di portal-portal berita jabatan dan juga akhbar-akhbar tempatan.

“Sekiranya diberi peluang, saya ingin sekali menulis mengenai seni lukis seperti grafik, grafiti, sini catan, doodles dan sebagainya bagi mengangkat bidang berkenaan,” katanya kepada pemberita.

Tambah Gregory, melalui bengkel itu juga, dia lebih memahami tugas rakan-rakan di BMKK yang menjadi barisan hadapan pada ketika berlakunya bencana-bencana besar di negeri ini melalui persediaan Pusat Media Bencana.

Sementara itu, Penolong Pegawai Penerangan, Bahagian Perancanga­n Strategik dan Penyelidik­an (PSP) Hamidah Len, 32, berkata, penyertaan­nya ke bengkel tersebut sangat memberi manfaat kepada dirinya.

“Setelah menghadiri bengkel ini, saya lebih memahami caracara untuk menyampaik­an maklumat kepada orang awam menggunaka­n kaedah berita bergambar,” katanya.

Hadir sama Timbalan Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa.-Penerangan.

 ??  ?? TIMBALAN Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa (kanan) menyampaik­an sijil kepada Hamidah (kiri).
TIMBALAN Pengarah Penerangan Sabah, Supian Musa (kanan) menyampaik­an sijil kepada Hamidah (kiri).
 ??  ?? PESERTA bengkel bergambar bersama Swady (tujuh dari kiri).
PESERTA bengkel bergambar bersama Swady (tujuh dari kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia