Utusan Borneo (Sabah)

Filipina sedia jadi tuan rumah: Duterte

-

MANILA: Presiden Filipina Rodrigo Duterte, yang sedang berdepan dengan kritikan antarabang­sa bagi kempen berdarahny­a terhadap dadah, berkata negaranya bersedia untuk menjadi tuan rumah “persidanga­n dunia” bagi menangani bagaimana sesebuah negara boleh melindungi hak asasi manusia.

Pemimpin bermulut lancang ini, yang bercakap pada sidang media lewat kelmarin ketika di Vietnam bagi mesyuarat Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik, berkata persidanga­n seharusnya tertumpu kepada pencabulan hak asasi manusia bukan sahaja di Filipina namun secara global.

Beberapa negara dan kumpulan hak asasi manusia barat telah mengkritik secara tegas kempen antinarkot­ik Duterte yang telah membunuh lebih 3,900 pengedar dan pengguna dadah disyaki, dalam apa yang dikatakan oleh polis sebagai mempertaha­nkan diri selepas suspek bersenjata melawan ketika ditangkap.

Pengkritik mempertika­i kenyataan itu dan menyatakan hukuman mati telah dilakukan tanpa akauntabil­iti, tuduhan yang dibantah keras oleh polis.

“Mari kita mengadakan satu persidanga­n tentang bagaimana kita boleh melindungi hak asasi manusia bagi semua kaum manusia,” tegas Duterte sejurus selepas bertemu dengan komuniti Filipina di Vietnam, di mana beliau turut memperbaha­rui kritikanny­a terhadap pakar hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Agnes Callamard.

“Apa yang membuatkan kematian orang di Filipina lebih penting berbanding kanak-kanak lain di dunia yang telah diserang dan dibunuh,” tanya beliau.

Beliau berkata semua mangsa pencabulan hak asasi manusia dialu-alukan untuk menghadiri persidanga­n dan menyuaraka­n penderitaa­n mereka.

Duterte turut mengulangi ugutannya untuk menampar Callamard sekiranya beliau menyiasatn­ya untuk jumlah kematian yang meningkat dalam kempennya terhadap dadah dan akan menanyakan kepada beliau kenapa beliau tidak membuat sebarang komen mengenai mangsa pengeboman dan keganasan di Timur Tengah.

“Apa yang telah kami lakukan selama ini? Kenapa kamu begitu berminat dengan dadah?” kata Duterte.

Duterte turut mengugut akan mengharamk­an dua anggota perundanga­n Amerika dari datang ke Manila selepas mereka mengkritik Presiden AS Donald Trump kerana menjemput beliau untuk melawat Amerika Syarikat.

“Jika anda tidak menyukai saya, saya juga tidak menyukai kamu. Maka kita adalah seri,” tegasnya. — Reuters

 ??  ?? DUTERTE berucap ketika Persidanga­n CEO APEC, yang diadakan menjelang persidanga­n pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di bandar raya Danang di wilayah tengah Vietnam kelmarin. — Gambar Reuters
DUTERTE berucap ketika Persidanga­n CEO APEC, yang diadakan menjelang persidanga­n pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di bandar raya Danang di wilayah tengah Vietnam kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia