Utusan Borneo (Sabah)

1,300 penduduk kampung jadi tebusan

Susulan OPM tawan dua kampung berhampira­n lombong tembaga besar milik AS: Polis

- — Gambar AFP

JAYAPURA: Sekumpulan anggota pemisah bersenjata menawan dua kampung berhampira­n sebuah lombong tembaga besar milik Amerika Syarikat (AS) di wilayah Papua di timur Indonesia, kata polis semalam, ketika mereka cuba menghentik­an keadaan tegang.

Kira-kira 1,300 penduduk dijadikan sebagai tebusan oleh sebuah kumpulan mempunyai kira-kira 24 anggota di mana menurut pihak berkuasa adalah sebahagian daripada Gerakan Papua Merdeka (OPM), yang melancarka­n pemberonta­kan lama yang ditandai beberapa serangan ganas secara berkala.

Penduduk kampung dihalang dari masuk atau meninggalk­an komuniti kecil mereka selama dua hari, namun setakat ini tidak diapa-apakan, kata pihak berkuasa, ketika kira-kira 700 anggota tentera bersenjata penuh Indonesia mengawasi situasi.

“Mereka ini adalah anggota kumpulan penjenayah yang melakukan keganasan dan peras ugut – apa yang mereka ingini adalah peperangan,” ketua polis tempatan Victor Dean Macbon memberitah­u AFP.

“Buat masa sekarang kami mengutamak­an langkahlan­gkah pencegahan dan terlebih dahulu. Kami masih tidak menyerbu masuk kerana kami tidak mahu penduduk kampung dijadikan sebagai mangsa,” tambah beliau.

Kampung-kampung itu terletak berhampira­n lombong milik firma AS Free- port-McMoRan di mana terdapat beberapa kejadian tembakan terbaharu termasuk satu pada lewat Oktober yang menyebabka­n seorang anggota polis terkorban.

Papua telah berdepan dengan keganasan peringkat rendah sejak ia ditakluki oleh Indonesia pada lewat 60-an, dengan lombong Freeport sering menjadi tumpuan dalam perjuangan bagi kemerdekaa­n dan perkongsia­n lebih besar daripada sumber yang banyak terdapat di wilayah tersebut.

Jakarta sudah lama memastikan penguasaan ketat terhadap wilayah itu dengan kehadiran ramai anggota polis dan tentera.

Pihak berkuasa semalam berkata mereka telah berhubung dengan pemimpin komuniti dan keagamaan tempatan dalam usaha untuk menamatkan ketegangan.

Suryadi Diaz, jurucakap pasukan polis Papua, berkata kumpulan itu cuba mengganggu aktiviti di lombong berhampira­n dan menuntut pihak polis tidak campur tangan.

Namun ia masih lagi belum jelas sekiranya kumpulan itu telah menyatakan sebarang tuntutan tertentu lain.

Ketua tentera Indonesia Gatot Nurmantyo memberi amaran bahawa pihak tentera bersedia untuk menamatkan situasi tebusan melalui cara “keras” sekiranya rundingan tidak berjaya.

“Buat masa sekarang pihak tentera Indonesia sedang mengawasi dan meneliti kerana mereka yang dijadikan tebusan oleh OPM adalah orang awam. Kami harus menangani perkara ini dengan sangat berhati-hati,” kata Nurmantyo dalam satu kenyataan.

Jurucakap Freeport Riza Pratama berkata kumpulan itu tidak mengemukak­an sebarang tuntutan kepada pihak syarikat dan proses pengeluara­n setakat ini tidak terjejas. — AFP

 ??  ?? GAMBAR serahan Pusat Maklumat Tentera Indonesia kelmarin menunjukka­n Nurmantyo (tengah) bercakap dengan media di Jakarta mengenai kira-kira 1,300 penduduk kampung ditawan sebagai tebusan oleh kumpulan yang menurut pihak berkuasa adalah sebahagian...
GAMBAR serahan Pusat Maklumat Tentera Indonesia kelmarin menunjukka­n Nurmantyo (tengah) bercakap dengan media di Jakarta mengenai kira-kira 1,300 penduduk kampung ditawan sebagai tebusan oleh kumpulan yang menurut pihak berkuasa adalah sebahagian...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia