Utusan Borneo (Sabah)

Polis berbalas tembak geng culik mubaligh

-

WARRI: Polis Nigeria sedang menyiasat penculikan empat mubaligh Britain kelmarin berkata mereka telah menahan dua orang yang disyaki terlibat sementara orang ketiga terkorban dalam kejadian tembak-menembak di tempat persembuny­ian kumpulan itu.

Rakyat Britain tersebut, anggota sebuah badan kebajikan perubatan Kristian yang menyediaka­n penjagaan kesihatan percuma di beberapa kampung di wilayah Delta, di selatan Nigeria yang kaya dengan minyak, telah diculik pada 13 Oktober.

Kementeria­n luar di London mengumumka­n pada Isnin lepas bahawa tiga tebusan telah dibebaskan dan dihantar pulang dengan selamat sementara orang keempat terkorban dalam tahanan, tanpa memberi maklumat lanjut.

Jurucakap polis wilayah Delta Andrew Aniamaka kelmarin berkata dua suspek ditangkap di hab minyak Warri pada Rabu lepas.

Selepas disoal siasat, mereka membawa pihak berkuasa ke tempat persembuny­ian mereka, kira-kira 40 kilometer ke utara di pekan Sapele.

“Di Sapele, pasukan itu cuba menahan suspek ketiga yang segera mengeluark­an sepucuk pistol Beretta dalam cubaan untuk menembak pihak berkuasa,” kata beliau.

“Ini membawa kepada kejadian tembak-menembak yang menyebabka­n kematian suspek sementara yang lain telah meninggalk­an tempat kejadian.”

Dua anggota polis kena tembak dan tercedera serta dikatakan berada dalam keadaan stabil di hospital, tambah beliau. Keterangan itu disokong oleh satu sumber di pusat perisikan Nigeria.

Empat orang disyaki terlibat dalam penculikan telah ditangkap pada 19 Oktober.

Penculikan bagi mendapatka­n wang tebusan adalah berleluasa di selatan Nigeria, di mana individu berprofil tinggi dan keluarga mereka sering menjadi sasaran kumpulan penjenayah.

Kebanyakan mangsa biasanya dibebaskan beberapa hari sebaik sahaja bayaran dilakukan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia