Utusan Borneo (Sabah)

Hakim selesai siasat pembunuhan beramai-ramai di stadium Conakry

-

CONAKRY: Beberapa hakim Guinea telah melengkapk­an satu siasatan mengenai kes pembunuhan beramai-ramai di mana sekurang-kurangnya 157 penyokong pembangkan­g terbunuh dan 109 wanita dirogol oleh anggota tentera di sebuah stadium pada 2009, kementeria­n kehakiman berkata dalam satu kenyataan kelmarin.

Pada September 2009, satu bantahan pembangkan­g secara besar-besaran di sebuah stadium Conakry bagi menentang pemerintah­an ketua junta ketika itu Moussa Dadis Camara telah berakhir dalam pertumpaha­n darah apabila pasukan tenteranya melepaskan tembakan ke arah orang ramai.

Dalam satu kenyataan bersama, beberapa organisasi hak asasi manusia dan mangsa pembunuhan beramai-ramai berkata tiga hakim siasatan telah memaklumka­n mereka pada Isnin lepas mengenai “berakhirny­a siasatan kehakiman”.

Kementeria­n kehakiman menyatakan bahawa hakim siasatan telah mengemukak­an fail “kepada pendakwa raya umum di Court of First Instance of Dixinn bagi penilaian muktamad”, menurut satu kenyataan.

Dalam kenyataan mereka, pihak NGO dan sebuah kumpulan yang mewakili mangsa telah meminta agar 14 defendan dihadapkan dalam perbicaraa­n.

Camara, bekas pegawai tentera, merampas kuasa pada 2008 selepas kematian pemimpin diktator Guinea Lansana Conte.

Di sebalik sokongan awal beliau telah menyakitka­n hati rakyat apabila beliau melanggar janji untuk tidak bertanding bagi jawatan presiden.

Selepas terselamat dari satu cubaan pembunuhan pada 2009, Camara melarikan diri ke luar negara dan sekarang hidup dalam buangan di Burkina Faso, di mana beliau didakwa pada Julai 2015 oleh pihak majistret Guinea bagi penglibata­nnya dalam pembunuhan beramai-ramai itu.

Bekas pembantu kanannya, Aboubakar Sidiki Diakite, dikenali sebagai Toumba Diakite, diekstradi­si dari Senegal ke Guinea pada Mac 2017, juga merupakan salah seorang defendan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia