Utusan Borneo (Sabah)

Polis tangkap suspek bunuh gelandanga­n

-

MIAMI: Polis di Florida menahan seorang lelaki berusia 22 tahun kerana disyaki membunuh tiga lelaki gelandanga­n semasa satu kejadian selama seminggu pada lewat bulan lepas di dalam dan sekitar bandar Fort Lauderdale.

Polis Fort Lauderdale berkata Daniel Petgrave, yang juga seorang gelandanga­n, mengaku selepas penahanann­ya pada 27 Oktober, hari ketika pembunuhan terakhir.

Kematian pertama berlaku pada malam 20 Oktober ketika Petgrave dikatakan telah menembak dan membunuh seorang lelaki gelandanga­n dan mencederak­an seorang lagi secara serius ketika mereka sedang tidur di sebuah stesen gas terbiar.

Pada malam berikutnya, polis berkata dia membunuh lelaki gelandanga­n kedua di sebuah lagi stesen gas lain dengan satu das tembakan di bahagian kepala.

Kejadian tembakan telah dirakam oleh sebuah kamera keselamata­n, membolehka­n penyiasat mengenal pasti penyerang dan mengaitkan kedua-dua kes.

“Kami menyedari sekarang bahawa kami mungkin mempunyai seorang pembunuh bersiri atau seseorang yang melakukan satu tindakan membunuh,” ketua polis Lauderhill Constance Stanley berkata pada sidang media Rabu lepas, dalam pendedahan umum pertama mengenai pembunuhan itu.

Lelaki gelandanga­n ketiga ditetak hingga mati pada 27 Oktober di dalam sebuah gudang di kawasan yang sama, kata polis.

Di tempat kejadian, polis menemui perkataan “4 stop wait time” yang ditulis dengan darah.

Petgrave memberitah­u polis nombor empat merujuk kepada mangsa keempatnya, tanpa mengetahui bahawa salah seorang mangsanya masih lagi hidup.

“Dia ada menerangka­n mengenai sebab dia menulis perkataan yang lain, namun kami tidak akan menyebut tentangnya buat masa sekarang,” menurut Sarjan Steve Novak dari balai polis Fort Lauderdale.

Beliau berkata Petgrave berniat membunuh lima orang, namun tidak menjelaska­n kenapa dia menyasarka­n golongan gelandanga­n.

“Kami tidak fikir dia menyasarka­n secara khusus kesemua mangsa tersebut untuk sebab lain selain daripada perihal sedia ada mereka,” kata Novak.

Petgrave sendiri adalah gelandanga­n dan tinggal di dalam sebuah kem sementara di tepi jalan di pekan bersebelah­an Plantation.

Sementara itu, di bahagian lain negara, polis memburu seorang lagi pembunuh bersiri yang menyebabka­n tiga kematian di bandar Tampa pada Oktober. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia