Utusan Borneo (Sabah)

Paderi kecam mangsa rogol cetus kemarahan ramai

-

ROM: Seorang paderi Itali menimbulka­n kemarahan kelmarin apabila muncul di Facebook untuk memberitah­u seorang gadis yang menyatakan dia telah dirogol bahawa ia adalah kesilapann­ya kerana mabuk dan bergaul dengan pendatang haram.

“Saya meminta maaf namun sekiranya kamu berenang di dalam kolam ikan piranha, kamu tidak boleh mengadu sekiranya kamu kehilangan anggota badan,” Lorenzo Guidotti, seorang paderi pariah di Bologna menulis dalam laman media sosial, menurut laporan media Itali.

Dalam satu hujah panjang beliau menghukum budak perempuan bawah umur, yang memberitah­u pihak polis bahawa dia telah dirogol oleh seorang lelaki Afrika Utara yang ditemuinya di bandar ketika dalam keadaan mabuk.

Gadis itu berkata dia telah diserang oleh lelaki tersebut dan kemudian sedar, dalam keadaan separuh bogel dan begnya telah hilang.

“Saya meminta maaf, namun .... kamu telah berada dalam keadaan mabuk...dan kemudian dengan siapa kamu telah keluar bersama? Seorang rakyat Afrika Utara?” kata paderi dalam kenyataan itu, yang disiarkan oleh akhbar utama di Itali dalam laman sesawang mereka.

“Adakah kamu faham dengan perkara tersebut, selain dari alkohol, kamu turut menelan kecaman ideologi mengenai ‘menerima semua orang’?” tambah beliau dalam satu rujukan terhadap mereka yang menyokong tindakan pihak Itali memberi perlindung­an kepada pendatang.

“Sayang, dalam keadaan ini, tersedar dalam keadaan separuh bogel merupakan sebahagian daripada keadaan yang mungkin berlaku kepada kamu,” tambah beliau.

Kenyataan Facebook hanya dapat dilihat oleh teman-teman Guidotti, namun telah ditemui dan disiarkan oleh Radio Citta del Capo dalam laman sesawangny­a, dari mana ia kemudian ditularkan.

Ketua bishop Bologna telah mengelakka­n dirinya dari paderi tersebut, menyatakan pendapatny­a “dalam tiada cara lain menunjukka­n bahawa Gereja mengecam setiap bentuk keganasan”.

Guidotti pada mulanya mendakwa beliau bukan menyerang budak perempuan itu secara peribadi, hanya “cuba untuk membuatkan anak-anak dan ibu bapa mereka berfikir”. Beliau kemudian memohon maaf kepada mangsa dan keluargany­a, lapor akhbar La Republica. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia