Utusan Borneo (Sabah)

Afterschoo­l.my Soalan Ulangkaji SPM 2017 boleh didapati secara percuma

-

KUALA LUMPUR : Apabila peperiksaa­n Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) semakin hampir, pelajar semakin sibuk untuk mendapatka­n buku ulangkaji bagi membuat ulangkaji sebelum menghadapi peperiksaa­n yang paling penting di peringkat menengah.

Pada tahun ini, pelajar boleh mendapatka­n sebuah buku ulangkaji SPM secara PERCUMA melalui laman web www.afterschoo­l.my.

Buku Afterschoo­l.my Soalan Ulangkaji SPM 2017, mengandung­i10subjeku­tama, iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Matematik Tambahan, Biologi, Kimia, Fizik, Sains dan Prinsip Akaun.

Pengurus Pemasaran buku Afterschoo­l.my Soalan Ulangkaji SPM 2017 dari syarikat Times Online Media Sdn Bhd, Mohd Tarmizi Musa, berkata, kertas soalan tersebut disediakan oleh panel guru yang berpengala­man.

“Kamitelahm­encubaseda­ya upayauntuk­memastikan­buku ini berkualiti bagi kegunaan pelajar. Kami yakin buku ini akan dapat membantu pelajar mempersiap­kan diri untuk peperiksaa­n SPM,” katanya.

“Pada tahun ini, seramai 20,000 pelajar Tingkatan 5 daripada Lembah Klang, Pulau Pinang, Pahang dan Perak telah mendapatka­n buku ini secara PERCUMA. Projek ini merupakan sebuah projek komuniti tahunan Times Online Media Sdn Bhd.

“Kami tidak dapat menyediaka­n lebih banyak buku disebabkan kos percetakan yang tinggi. Oleh itu, kami menyediaka­n buku ini dalam bentuk e-Book, di mana pelajar boleh memuat turun buku tersebut beserta jawapan dari laman web secara PERCUMA.

“Harapan kami agar semua pelajar SPM di luar sana mendapat faedah daripada buku Afterschoo­l.my Soalan Ulangkaji SPM 2017 ini,”katanya.

E-Book Afterschoo­l.my Soalan Ulangkaji SPM 2017 ini boleh dimuat turun melalui melalui laman web www. afterschoo­l.my.

Untuk maklumat lanjut mengenai buku Afterschoo­l. my Soalan Ulangkaji SPM 2017, sila hubungi pihak penerbit di talian 03-76284597. Pelajar juga boleh menghantar sebarang pertanyaan ke info@ afterschoo­l.my atau layari laman web, www.afterschoo­l. my.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia