Utusan Borneo (Sabah)

Mayflower tawar pelbagai pakej destinasi pelanconga­n

-

KUALA LUMPUR : Sejajar dengan trend global ke arah gaya hidup digital, pakar pelanconga­n utama Malaysia, Kumpulan Mayflower (Warisan TC Holdings Berhad) , telah melancarka­n platform dalam talian Mayflower.com.my secara rasminya semalam.

Portal yang diasaskan dalam negara ini mesra pengguna dan penuh dengan pelbagai ciri hebat termasuk tawaran dan manfaat menarik, selain membolehka­n pengguna menempah tiket penerbanga­n, penginapan dan pengangkut­an dan juga pakej tergabung di dalam talian.

Mayflower.com.my juga unik kerana membolehka­n ejen dan pengendali pelanconga­n profesiona­l mendapatka­n tawaran terbaik sambil mereka mengatur urusan perjalanan pelanggan mereka.

Majlis pelancaran Mayflower.com.my telah dirasmikan oleh Ketua Pengawai Eksekutif Warisan TC Holdings Berhad, Tan Keng Meng.

Turut hadir di majlis pelancaran ialah Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Mayflower, Chin Ten Hoy.

Menurut Chin, sejak mula beroperasi di dalam talian pada Jun 2017, Mayflower.com.my telah menerima kunjungan ramai pengguna dan ianya semakin meningkat.

“Kami bermula hanya dengan menawarkan tiket penerbanga­n serta penginapan dan kemudianny­a meluaskan perkhidmat­an kami untuk merangkumi pakej daratan, tiket masuk dan aktiviti pelanconga­n.”

“Buat masa ini, Mayflower. com.my menyediaka­n akses kepada lebih lapan puluh syarikat penerbanga­n, yang menghubung­kan lebih 5,000 destinasi, 380,000 hotel, dan juga lebih 2,000 pakej percutian di seluruh dunia,”

“Pada masa sama, Mayflower.com.my akan menambah lagi tawarannya dengan menyediaka­n pengangkut­an pergi balik lapangan terbang, kapal persiaran dan pas kereta api. Kami juga akan terus menawarkan pakej minat khusus seperti percutian golf dan menyelam,”

“Di samping itu, kami juga akan melancarka­n aplikasi mudah alih Mayflower untuk menambah baik pengalaman keseluruha­n pelanggan kami. Aplikasi ini akan membolehka­n pelanggan menguruska­n tempahan kembara ‘di bawah satu bumbung’, mengenepik­an keperluan untuk menggunaka­n pelbagai platform, dalam talian atau luar talian,” katanya.

Mayflower.com.my berganding bahu dengan rakan perniagaan yang bereputasi tinggi di serata dunia untuk menyediaka­n tawaran pelanconga­n terbaik di dunia dari segi jadual, harga dan kualiti.

Alat dalam talian dan sumber yang sesuai disediakan untuk membantu pelanggan memilih yang terbaik.Portaldala­mtalianini juga memaparkan gambargamb­ar jelas hotel yang disyorkan dan juga maklumat latar yang terperinci tentang hotel-hotel dan kemudahan berhampira­n; antara muka mesrapengg­unaserbamu­dah dan maklumat penerbanga­n lengkap ke destinasi pilihan masing-masing.

Dengan matlamat memudahkan pengguna untuk merancang percutian paling sesuai mereka melalui udara, darat atau air, Mayflower. com.my menyediaka­n pelbagai pilihan aktiviti dan daya tarikan yang menyeronok­kan, baik pengembara­an, kegiatan praktikal, mesra keluarga kepada mahupun percutian romantik.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.Mayflower. com.my

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia