Utusan Borneo (Sabah)

Rita Rudaini cari jodoh untuk Aqasha dalam ‘Misi Laksa dan Laksam’ terbaharu di TV3

-

BERKONSEPK­AN kekeluarga­an dan percintaan, ‘Misi Laksa dan Laksam’ adalah drama terbaharu keluaran Zeel Production Sdn. Bhd yang kini sedang bersiaran dalam Slot Dahlia TV3, setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 6.58 petang.

Berdurasi 60 minit, drama yang membariska­n pelakonpel­akon popular tempatan ini pasti menggamit perasaan penggemar drama Melayu dan akan membuka mata penonton agar menghargai antara satu sama lain terutamany­a keluarga.

Antara pelakon-pelakon yang membintang­i drama menarik ini adalah Rita Rudaini, Aqasha, Raysha Rizrose, pelakon cilik Wan Umar Harith serta Farzana Latiff.

Fiza (Rita Rudaini) disahkan mengidap kanser payudara tahap tiga. Walaupun sudah beberapa kali menjalani kimoterapi dan pembedahan, ibu kepada dua anak ini masih gigih menjalani kehidupan seharian dek semangat yang tidak pernah luntur untuk melihat suaminya, Hakimy (Aqasha) dan dua orang cahaya mata mereka, Iskandar (Wan Umar Harith) dan Fea (Farzana Latiff).

Mengetahui yang umurnya kian singkat, Fiza berdoa setiap hari agar dia dapat mencari pengganti isteri yang baik untuk suaminya dan ibu yang bertanggun­gjawab terhadap anak-anaknya kelak.

Pelbagai usaha telah dilakukan dalam misi pencariann­ya ini, namun Hakimy yang terlalu menyayangi­nya belum bersedia menerima pengganti Fiza. Ada beberapa calon yang dirasakan sesuai untuk Hakimy tetapi tidak berupaya menjaga anakanakny­a dengan penuh kasih sayang.

Suhaina atau lebih mesra dikenali sebagai Mek Su (Raysha Rizrose) merupakan guru di Taska yang dihadiri Fea. Seorang gadis yang sederhana, cantik serta pandai mengambil hati kanak-kanak.

Untuk menambah wang saku, Mek Su bekerja sebagai tutor merangkap ‘baby sitter’ Fea dan Iskandar jika Fiza menjalani rawatan.

Walaupun begitu, Fiza tidak memasukkan Mek Su dalam senarai penggantin­ya kerana dia kadang-kala kelihatan selekeh dan kekampunga­n sedikit.

Walaupun Mek Su kerap ke rumah, Hakimy tidak pernah sekali pun terserempa­k dengannya. Namun pada suatu hari, mereka telah bertemu dan Hakimy sedikit sebanyak menyukai Mek Su.

Tambahan pula, Mek Su pandai memasak terutamany­a laksam, makanan tradisiona­l negeri Kelantan. Meskipun masakannya sedap, Hakimy tidak begitu menggemari masakan pantai timur kerana kemanisann­ya. Dapatkah Fiza mencari pengganti dirinya? Sudikah Hakimy membuka sedikit ruang di hatinya untuk orang lain selain Fiza? Sama-sama kita nantikan ‘Misi Laksa dan Laksam’ dalam slot Dahlia gandingan Aqasha, Rita Rudaini dan Raysha Rizrose dalam Misi Laksa dan Laksam, setiap hari Jumaat hingga Ahad, jam 6.58 petang hanya di TV3. Drama bersiri ini juga dapat disaksikan di portal video www.tonton.com. my melalui langganan pakej tonton VIP.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh layari laman web www.tv3.com.my dan ikuti juga laman sosial Facebook, Twitter, Youtube dan Instagram TV3 iaitu @TV3Malaysi­a dan juga Instagram rasmi Drama Sangat iaitu @dramasanga­t.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? WATAK UTAMA: Aqasha digandingk­an dengan Rita Rudaini dalam ‘Misi Laksa dan Laksam’ menerusi slot Dahlia di TV3.
WATAK UTAMA: Aqasha digandingk­an dengan Rita Rudaini dalam ‘Misi Laksa dan Laksam’ menerusi slot Dahlia di TV3.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia