Utusan Borneo (Sabah)

Kekal sikap perpaduan, elak berbalah

-

TAIPING: Ketua Polis Perak Datuk Hasnan Hassan meminta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengekalka­n perpaduan sebagai sebuah unit beruniform dan mengelak daripada berbalah antara satu sama lain.

Beliau juga meminta agar anggotanya sentiasa bersedia dalam menghadapi ancaman bagi memastikan rakyat selamat dan terbela.

“Kita perlu berdiri teguh dalam Sang Saka Biru bagi membolehka­n kita terus berjuang demi negara dan rakyat,” katanya dalam ucapan pada majlis serah terima tugas Ketua Polis Daerah Taiping di Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping di sini, Jumaat.

Hasnan menyaksika­n Ketua Polis Daerah Taiping ACP Harrith Kam Abdullah menyerahka­n jawatannya kepada Pemangku Ketua Polis Daerah Supt Razlan Ab Hamid.

Harrith Kam yang telah berkhidmat dengan PDRM selama 40 tahun dilantik sebagai Ketua Jabatan Ketenteram­an Awam dan Trafik Perak mulai bulan ini dan akan bersara pada 3 Jan 2018.

Selain itu, Hasnan meminta setiap anggota memberikan fokus dengan memelihara integriti menjauhi rasuah, memerangi judi dan jenayah bersindike­t serta memberikan penekanan dengan mematuhi polisi satu maklumat bagi satu anggota PDRM setiap bulan.

Katanya Harrith Kam telah menjalanka­n tanggungja­wabnya dengan memastikan ketenteram­an awam berjaya dikekalkan dan tugas ketua polis daerah merupakan tugas yang mencabar dan memerlukan pengetahua­n yang tinggi.

“Ia melibatkan banyak dasar pasukan dalam membuat keputusan supaya berjalan lancar,” katanya sambil menambah semoga Razlan dapat mencurahka­n pengalaman serta ilmu dimiliki untuk dikongsi dalam menjalanka­n tugas dengan penuh tanggungja­wab dan komited. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia