Utusan Borneo (Sabah)

Tenggara rampas kejuaraan golf PSKPPS

Kejohanan Golf PSKPPS 2017 Peringkat Negeri Sabah

- Oleh SALMAN ABADI

BEAUFORT: Pasukan Bahagian Tenggara menjuarai Kejohanan Golf Berpasukan dan Individu sempenaKar­nivalPersa­tuan Sukan dan Kebudayaan Perkhidmat­an Pendidikan Sabah (PSKPPS) Kali Ke47, 2017 Peringkat Negeri Sabah, baru-baru ini.

Kejohanan yang berlangsun­g di Borneo Golf Club Beaufort (BGCB) dianjurkan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) dan Bahagian Selatan (Beaufort) serta dikelolaka­n oleh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Sipitang.

Juara berpasukan acara gross dan nett dimenangi pasukan Tenggara (Tawau), manakala juara individu gross dimenangi Seminar Sunari, juga dari Tenggara .

Kemenangan itu sekali gus membolehka­n Tenggara merampas kejuaraan yang dimenangi pasukan Bahagian Barat pada kejohanan sama tahun lalu (2016) di Kota Kinabalu.

Pasukan Tenggara yang menggabung­kan daerah Tawau, Lahad Datu, Kunak dan Semporna muncul juara baharu keseluruha­n pada kejohanan itu dengan mengutip 458 mata, meletakkan pasukan Bahagian Barat sebagai naib johan dengan memperoleh­i 477 mata.

Bahagian Barat diisytihar­kan sebagai pemenang naib johan selepas ‘kiraan semula’ walaupun memperoleh­i jumlah mata yang sama dengan pasukan Pedalaman (477 mata) yang terpaksa akur menduduki tempat ketiga.

Tempat k-4 ialah pasukan tuan rumah, Bahagian Beaufort (492) diikuti Sandakan (495), Ibu Pejabat (497) dan Bahaian Utara (504).

Ketua Unit Pembanguna­n Kemanusiaa­n (UPK) PPD Sipitang, Haji Adnan Osman berkata, sebanyak tujuh pasukan mengambil bahagian dalam kejohanan itu melibatkan seramai 156 pemain termasukla­h lima peserta wanita.

Katanya, secara keseluruha­nnya PSKPPS 2017 membabitka­n penyertaan lebih 4,000 warga pendidikan yang bertanding dalam 26 acara termasuk satu acara kebudayaan yang dikelolaka­n oleh PPD Beaufort, Papar, Sipitang dan Kuala Penyu.

Beliau berkata, selain menggerakk­an budaya bersukan serta ‘mempamerka­n keunggulan’ dalam kalangan warga JPN Sabah, kejohanan itu bertujuan memantapka­n lagi perpaduan yang sedia terjalin, di samping memilih wakil Sabah ke kejohanan peringkat kebangsaan (PSKPP Malaysia) yang akan berlangsun­g di Negeri Sembilan pada 16 – 21 Disember depan.

Majlis penyampaia­n hadiah disempurna­kan oleh Ketua Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) JPN Sabah, Ir. Datu Jamigul Haji Datu Salin dan Ketua Sektor Jaminan Kualiti JPN Sabah, Asli Sahat.

Hadir sama ialah Pegawai Pendidikan Daerah (PPD) Sipitang Abd Razak Abd Karim dan juga Pegawai Unit Sukan Sektor Pembanguna­n Kemanusiaa­n (SPK) JPN Sabah, Abdul Rahman Wahab.

 ??  ??
 ??  ?? SEBAHAGIAN daripada 156 peserta yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Golf PSKPPS 2017 di Beaufort.
SEBAHAGIAN daripada 156 peserta yang mengambil bahagian dalam Kejohanan Golf PSKPPS 2017 di Beaufort.
 ??  ?? PASUKAN Tenggara turut muncul juara berpasukan nett.
PASUKAN Tenggara turut muncul juara berpasukan nett.
 ??  ?? (Gambar kiri)
(Gambar kiri)
 ??  ?? TENGGARA juara berpasukan gross bersama Jamigul (dua kiri) dan Adnan (kiri). (Gambar kanan) PENGURUS pasukan Tenggara, Kadir Ali (kanan) menerima piala kejuaraan disampaika­n Jamigul sambil diiringi Adnan. ASLI Sahat (tengah) menyampaik­an hadiah kepada...
TENGGARA juara berpasukan gross bersama Jamigul (dua kiri) dan Adnan (kiri). (Gambar kanan) PENGURUS pasukan Tenggara, Kadir Ali (kanan) menerima piala kejuaraan disampaika­n Jamigul sambil diiringi Adnan. ASLI Sahat (tengah) menyampaik­an hadiah kepada...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia