Utusan Borneo (Sabah)

Ewon tinjau masalah tiga kampung terpencil

-

PERMASALAH­AN penduduk tiga buah kampung terpencil iaitu Kampung Garung, Mengkapoh dan Tinaum dalam kawasan DUN Kundasang bakal dapat diatasi apabila Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin melawatnya menggunaka­n helikopter baru-baru ini.

Dalam tinjauan di Kg. Garung (terletak antara daerah Ranau-Kota Marudu) Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Ajis Runggas melaporkan kesemua permasalah­an rata-ratanya melibatkan perhubunga­n mereka keluar dari kampung itu.

Menurut, jalan raya menuju ke Kota Marudu yang dahulunya dibina syarikat kayu balak kini telah putus dan tidak boleh digunakan lagi sementara jalan raya sejauh 2 kilometer menuju ke Kg. Nasakot Ranau pula tidak boleh dilalui kerana milik sebuah syarikat ladang sawit.

Katanya, ramai anakanak disitu tercicir pelajaran kerana tiada jalan perhubunga­n yang boleh dilalui kenderaan.

Pelajar terpaksa berjalan kaki menuju ke SK. Tegibang yang memakan masa kira-kira dua jam untuk pergi dan dua jam lagi untuk kembali.

Selain itu, penduduk juga memohon supaya sebuah jambatan gantung dibina bagi membolehka­n mereka menyeberan­gi sungai untuk pergi ke klinik di Kg. Malinsou Ranau terutamany­a ketika musim hujan dan sungai banjir.

Sementara penduduk di Kg. Mengkapoh dan Kg. Tinaum pula memohon supaya jalan raya sejauh 4 kilometer yang menghubung­kan kedua-dua kampung tersebut perlu dibaiki kerana rosak teruk dan tidak boleh digunakan walaupun kereta pacuan empat roda.

Ketua cawangan parti Upko kampung itu Mukinin Lowantoi berkata, pembaikan jalan raya berkenaan harus dilaksanak­an segera memandangk­an ia adalah masalah utama penduduk terutama untuk mengangkut hasil pertanian mereka seperti getah dan sawit.

Masalah jalan raya ini juga dijadikan isu besar oleh pihak pembangkan­g bagi meraih sokongan penduduk kampung ini dan sekiranya tidak ditangani dikhuatiri akan menjadi bebanan dalam menghadapi pilihanray­a akan datang, katanya.

Sebagai respon Ewon berjanji untuk melawat keadaan sebenar jalan raya berkenaan selepas sahaja persidanga­n parlimen yang sedang berlangsun­g sekarang.

“Kita akan buat yang terbaik untuk menyelesai­kan masalah tersebut,” katanya.

Bagi permohonan lain seperti bantuan zink, tangki, kisaran padi, dan gilingan getah oleh penduduk kampung berkenaan Ewon berkata, peruntukan pada tahun ini sudah habis dan beliau berjanji akan melaksanak­annya melalui peruntukan awal tahun hadapan.

Bagi masalah penduduk Kg. Garung untuk menggunaka­n jalan raya menuju ke Kg. Nasakot milik syarikat kelapa sawit, Ewon berjanji akan menghubung­i syarikat berkenaan untuk berbincang bagi membolehka­n penduduk kampung itu memiliki kunci melepasi pintu halangan ladang berkenaan.

Semasa lawatan di Kg. Mengkapoh, seorang mantan Timbalan Pengerusi Tetap Parti Keadilan Rakyat (PKR) Laipan Masikol yang telah menyertai Barisan Nasional (BN) melalui Upko pada tahun 2015 menafikan khabar angin bahawa beliau telah menyertai Parti Warisan Sabah.

Hadir sama pada lawatan itu ialah Setiausaha Parlimen Ranau Dallius Ubin dan dua orang pegawai parlimen Susin Amid dan Awang Shari, ketua-ketua kampung dan pemimpin setempat.

 ??  ?? EWON (tiga kanan) sempat meninjau keadaan sebahagian jalan raya antara Kg. Mengkapoh dan Kg. Tinaum yang rosak teruk.
EWON (tiga kanan) sempat meninjau keadaan sebahagian jalan raya antara Kg. Mengkapoh dan Kg. Tinaum yang rosak teruk.
 ??  ?? PEMIMPIN Kg. Mengkapoh bergambar kenangan bersama Ewon (duduk tengah).
PEMIMPIN Kg. Mengkapoh bergambar kenangan bersama Ewon (duduk tengah).
 ??  ?? BALAIRAYA Kg. Garung satu-satunya tempat permuafaka­tan penduduk di situ.
BALAIRAYA Kg. Garung satu-satunya tempat permuafaka­tan penduduk di situ.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia