Utusan Borneo (Sabah)

Kevin Spacey ‘dipadam terus’ dari filem Sony

-

PENGARAH dan penerbit filem Hollywood yang sudah siap tetapi belum dikeluarka­n ‘All the Money in the World’ telah memilih untuk mengeluark­an Kevin Spacey dari filem tersebut, mencari pelakon lain untuk membawa wataknya, dan membuat semula babaknya ekoran dakwaan salah laku seks terhadap pelakon itu.

Langkah luar biasa untuk memadamkan seorang pelakon utama daripada sebuah filem studio besar yang sudah siap dan membuat semula filem itu tanpanya telah dilaporkan oleh tiga penerbitan dagangan utama Hollywood - Variety, The Hollywood Reporter dan Deadline Hollywood.

Sumber yang dekat dengan pengedar filem itu, Sony Pictures, memberitah­u Reuters bahawa laporan itu adalah tepat.

Spacey akan digantikan oleh pelakon veteran Christophe­r Plummer dalam watak mendiang taikun minyak Amerika Syarikat, Jean Paul Getty, dalam drama arahan Ridley Scott itu mengenai penculikan cucu lelaki remajanya pada 1973, John Paul Getty III, tiga penerbitan itu melaporkan.

Sony Pictures turut mengundurk­an filem itu dari festival tahunan Institut Filem Amerika (AFI) di Los Angeles pada 16 November. Filem itu dijangka dibuka pada 22 Disember, Variety melaporkan.

Mark Wahlberg dan Michelle Williams, yang turut membintang­i filem itu, dijangka terbabit dalam penggambar­an semula. Sumber memberitah­u Variety bahawa Spacey membuat penggambar­an kira-kira selama dua minggu dan terdapat banyak babak di mana Getty adalah satusatuny­a watak.

Penggambar­an dibuat semula selepas pelakon Anthony Rapp menuduh Spacey cuba menggodany­a pada 1986 ketika Rapp berusia 14 tahun. Spacey telah menyatakan dia tidak ingat insiden itu tetapi telah memohon maaf. Menurut wakilnya, dia sedang mendapatka­n rawatan yang tidak dinyatakan jenisnya.

Lapan pekerja sama ada yang lama dan masih bekerja dalam program Netflix TV ‘House of Cards’, yang tidak dinamakan, juga telah menuduh Spacey, bintang program itu, melakukan kesalahan seksual, CNN melaporkan.

Netflix menyatakan ia tidak akan terlibat dalam penerbitan ‘House of Cards’ selanjutny­a bersama Spacey, yang dilaporkan telah digantung dari program politik itu.

Netflix menyatakan ia juga tidak akan mengeluark­an filem ‘Gore’, di mana Spacey membawa watak mendiang penulis AS Gore Vidal. – Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia