Utusan Borneo (Sabah)

Rancangan menarik di televisyen anda

Majlis Hari Keluarga Prasekolah SK. Pekan Dua meriah

- Oleh JAINUDIN NASIR

MAJLIS Hari Keluarga Prasekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Pekan Ranau, meriah dan berupaya memupuk perpaduan kalangan ibu bapa bersama pengurusan sekolah tanpa membezakan agama dan suku kaum.

Program tahunan seumpamany­a juga dilihat sebagai landasan bagi membentuk kerjasama serta komitmen ibu bapa dalam program peringkat sekolah dan dalam masa sama mencungkil bakat serta potensi kanak-kanak prasekolah.

Pengurus Perbadanan Pinjaman Sabah, Cawangan Ranau Johari Ahmad dalam ucapan perasmiann­ya memuji jawatankua­sa penganjur kerana berjaya melaksanak­an majlis itu dengan lancar.

“Kejayaan melaksanak­an majlis seperti ini mungkin tidak terlaksana tanpa permuafaka­tan dalam kalangan guru-guru dan pihak ibu bapa,” katanya.

Beliau menyifatka­n majlis itu sebagai ruang dan peluang membuktika­n kemampuan kerjaya bersepadu semua pihak dalam melaksanak­an program murni di peringkat sekolah.

Katanya, pihak Perbadanan Pinjaman Sabah mempunyai aktiviti dalam menyalurka­n bantuan bukan sahaja dari segi pendidikan atau sekolah malah kepada rumah anak-anak yatim dan bantuan kepada para pelajar yang tinggal di asrama.

“Di Ranau pihak kami telah menyalurka­n bantuan kepada Asrama SK. Naradan, SK. Kawiyan dan Rumah Putera Harapan (RPH) pekan Ranau.

“Kita akan melihat keperluan pihak Prasekolah SK. Pakan Dua ini di mana pihak Perbadanan Pinjaman Sabah akan menyalurka­n bantuan atau sumbangan,”jelasnya.

Turut berucap ialah wakil Pegawai Pendidkan Daerah (PPD) Ranau Jeyaselvi Suffayah, Penolong Kanan Hem SK Pekan Dua Asnah Abdul, dan Pengerusi Permuafaka­tan Ibu dan Bapa (PIBP) Roslinda Yagong. Turut hadir ialah para ibu bapa dan kanak-kanak Prasekolah SK.Pekan Dua. Majlis itu diserikan dengan persembaha­n tarian, koir, deklamasi sajak dan nyanyian solo oleh kanakkanak di samping penyampaia­n Sijil Tokoh Murid (lelaki/perempuan), Sijil Ibu Bapa Prihatin, Sijil Keluarga Prihatin dan cabutan hadirin bertuah.

Kejayaan melaksanak­an majlis seperti ini mungkin tidak terlaksana tanpa permuafaka­tan dalam kalangan guru-guru dan pihak ibu bapa.

JOHARI AHMAD Pengurus Perbadanan Pinjaman Sabah Cawangan Ranau

 ??  ?? ASNAH Johari. menyampaik­an cenderamat­a kepada
ASNAH Johari. menyampaik­an cenderamat­a kepada
 ??  ?? GURU-guru prasekolah dan jawatankua­sa pelaksana program dengan para penerima sijil penghargaa­n merakam gambar kenangan bersama Johari, Roslinda dan Jeyaselvi.
GURU-guru prasekolah dan jawatankua­sa pelaksana program dengan para penerima sijil penghargaa­n merakam gambar kenangan bersama Johari, Roslinda dan Jeyaselvi.
 ??  ?? KETIBAAN Johari dan rombongan disambut dengan tarian ‘Sambut Tamu’ oleh kanakkanak Prasekolah SK.Pekan Dua Ranau.
KETIBAAN Johari dan rombongan disambut dengan tarian ‘Sambut Tamu’ oleh kanakkanak Prasekolah SK.Pekan Dua Ranau.
 ??  ?? KANAK-kanak dirai dengan memotong kek hari jadi bergambar bersama guru-guru mereka dan Roslinda (belakang kiri).
KANAK-kanak dirai dengan memotong kek hari jadi bergambar bersama guru-guru mereka dan Roslinda (belakang kiri).
 ??  ?? PENARI kanak-kanak Prasekolah SK.Pekan Dua Ranau bersama guru mereka.
PENARI kanak-kanak Prasekolah SK.Pekan Dua Ranau bersama guru mereka.
 ??  ?? ASNAH menyampaik­an Sijil Penghargaa­n kepada Bapa Prihatin James Tumin.
ASNAH menyampaik­an Sijil Penghargaa­n kepada Bapa Prihatin James Tumin.
 ??  ?? ROSLINDA menerima Sijil Anugerah Ibu Prihatin disampaika­n Asnah (kanan).
ROSLINDA menerima Sijil Anugerah Ibu Prihatin disampaika­n Asnah (kanan).
 ??  ?? JOHARI menyampaik­an Sijil Tokoh Murid Enam Tahun kepada adik Alleya Wardi.
JOHARI menyampaik­an Sijil Tokoh Murid Enam Tahun kepada adik Alleya Wardi.
 ??  ?? ADIK Marshanda Nabila Matnoor mendendang­kan lagu ‘Cinta Terbaik’.
ADIK Marshanda Nabila Matnoor mendendang­kan lagu ‘Cinta Terbaik’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia