Utusan Borneo (Sabah)

Jana sosioekono­mi ahli KRT

Elak kebergantu­ngan kepada peruntukan kerajaan

- Oleh DELLROY

KENINGAU: Ahli Kawasan Rukun Tetangga (KRT) di negara ini digesa lebih proaktif dalam bidang keusahawan­an seperti koperasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup berkata, ia bagi menjana pendapatan sosioekono­mi ahlinya sekaligus membantu rakyat keluar dari kepompong kemiskinan.

Katanya, penubuhan KRT merupakan salah satu transforma­si baharu yang dilaksanak­an oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi melihat Rukun Tetangga mampu menjana pendapatan sendiri dan tidak bergantung kepada peruntukan kerajaan.

“Aktiviti keusahawan­an yang di jalankan oleh KRT berdaya maju boleh

KURUP menyampaik­an replika cek kepada Pengerusi KRT Tiulon Blok A Larry Aling.

dikembangk­an lagi dengan adanya satu entiti perniagaan yang dipantau serta dibimbing oleh agensi kerajaan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di bawah agensi berkaitan seperti Institut Keusahawan­an Negara (INSKEN), Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Koperasi Malaysia (MKM), JPNIN dan Angkasa,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melawat tapak pembinaan tanaman cendawan kelabu sempena Program Koperasi Rukun Tetangga: Pemerkasaa­n Khidmat Komuniti Koperasi KRT Rancangan Belia Tiulon Blok A Berhad di daerah kecil Sook pada Sabtu.

Terdahulu itu, Kurup telah menyampaik­an peruntukan kepada Koperasi Rancangan Belia Tiulon Blok A Berhad untuk pelaksanaa­n projek sentuhan kasih di bawah KRT berjumlah RM13,250, yang pertama di Parlimen Pensiangan.

Beliau berkata, bagi ahli koperasi yang menerima bantuan itu, sudah tentu akan meningkatk­an lagi hasil pendapatan menerusi usaha yang dilakukan mereka

“Aktiviti keusahawan­an yang di jalankan oleh KRT berdaya maju boleh dikembangk­an lagi dengan adanya satu entiti perniagaan yang dipantau serta dibimbing oleh agensi kerajaan melalui Strategi Lautan Biru Kebangsaan (NBOS) di bawah agensi berkaitan seperti Institut Keusahawan­an Negara (INSKEN), Suruhanjay­a Koperasi Malaysia (SKM), Maktab Koperasi Malaysia ” (MKM), JPNIN dan Angkasa. TAN SRI JOSEPH KURUP Menteri di Jabatan Perdana Menteri

nanti.

Selepas majlis ini, Kurup yang juga Ahli Parlimen Pensiangan turut melawat permasalah­an beberapa penduduk kurang berkemampu­an di Kampung Mokotog dan seterusnya merasmikan dewan serbaguna kampung itu yang baharu dibina melalui peruntukan

parlimenny­a berjumlah RM181,000.

Hadir sama, Pengarah SKM Sabah Umar Sarim Saidin, Timbalan Pengarah Perancanga­n JPNIN Aldrina Mimi OP Andu, Timbalan Pengarah JPNIN Sabah Anas Imran And Adzis dan Timbalan Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup.

 ??  ?? KURUP meninjau seterusnya mendengar permasalah­an penduduk di Kg Mokotog.
KURUP meninjau seterusnya mendengar permasalah­an penduduk di Kg Mokotog.
 ??  ?? KURUP melawat tapak pembinaan tanaman cendawan.
KURUP melawat tapak pembinaan tanaman cendawan.
 ??  ??
 ??  ?? KURUP menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian dewan mini Kg Mokotog.
KURUP menandatan­gani plak sebagai simbolik perasmian dewan mini Kg Mokotog.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia