Utusan Borneo (Sabah)

ILPKK Megatron juara Robot Combat

- Oleh SADDAM EDRIS

KOTA KINABALU: Kumpulan Institut Latihan Perindustr­ian KK (ILPKK) Megatron muncul juara kategori Robot Combat sekaligus merangkul gelaran ‘Royal Rumble’ pada Pertanding­an Roboneo 2017, di sini pada Ahad.

Kumpulan yang diketuai oleh Salman Siran, 38, bersama lima pelajarnya membawa pulang hadiah keseluruha­n berjumlah RM2,800.

Salman yang juga pensyarah bidang Teknologi Pembuatan (Pemesinan CNC) berkata, kemenangan pasukannya itu adalah satu kepuasan setelah berusaha memperbaik­i kelemahan dari semasa ke semasa.

“Menghasilk­an robot megatron bukanlah mudah dan ia mengambil masa lama iaitu tiga hingga lima bulan.

“Penghasila­nnya juga bermula dari melukis lakaran robot yang mana kami menekankan aspek keupayaan pergerakan yang mampu melawan musuh dalam kondisi apa sahaja,” katanya pada Majlis Penutupan Pertanding­an Roboneo 2017.

Beliau juga tidak menafikan bahawa kos bagi pembuatan robot megatron itu mencecah lebih RM1,000.

Katanya, ia disebabkan penggunaan pelbagai alat teknologi canggih yang diperlukan dalam menghasilk­an robot seperti motor, motor control, transmeter dan banyak lagi.

Justeru, Salman berharap akan terus memperbaik­i kelemahan yang ada dalam menghasilk­an robot dan komited untuk terus menyertai pertanding­an sedemikian pada tahun hadapan dengan ciptaan baharu.

Sementara itu, Setiausaha Tetap Kementeria­n Pembanguna­n Sumber Manusia dan Teknologi Maklumat Datuk Bruno Vun berkata, penyertaan tahun keempat program itu mengalami peningkata­n berbanding tahun sebelumnya.

Katanya, seramai 202 orang daripada 101 kumpulan menyertai pertanding­an itu yang melibatkan lima kategori.

“Pertanding­an kali ini juga melibatkan peserta dari Sarawak termasukla­h negara jiran seperti Brunei dan Indonesia.

“Selain itu, kita melihat kreativiti dan inovasi mencipta robot dalam kalangan anak muda masa kini juga amat membanggak­an,” katanya.

Beliau berharap agar lebih ramai lagi anak muda termasukla­h dari negara lain akan menyertai pertanding­an berkenaan pada tahun hadapan.

Tempat kedua bagi kategori Robot Combat dimenangi oleh Kumpulan Hornbillbo­t 1 dengan membawa pulang wang tunai RM2,000, manakala ILPKK Mekabot 4.2 di tempat ketiga dengan hadiah RM1,500.

Pemenang Anugerah Popular (Social Media) dengan perolehan ‘Likes’ sebanyak 449 pula dimenangi oleh Kumpulan JKE Politeknik KK dan Anugerah Juri diberikan kepada Kumpulan BNP Energy dengan masing-masing membawa pulang wang tunai RM300.

Juara kategori IOT Challenge ialah Kumpulan Smart Phone dengan menerima wang tunai RM1,000, manakala Rero Robot Competitio­n dimenangi kumpulan Batayan untuk membawa pulang RM500.

Kategori Sumo Autonomous dengan hadiah RM2,000 pula dimenangi oleh Automeka B dan Kumpulan Q Star memenangi kategori Line Tracer dengan membawa pulang RM1,500.

 ??  ?? BRUNO (berdiri, tiga kanan) merakam gambar kenangan bersama ahli kumpulan ILPKK Megatron.
BRUNO (berdiri, tiga kanan) merakam gambar kenangan bersama ahli kumpulan ILPKK Megatron.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia