Utusan Borneo (Sabah)

Mobile CTC buka pintu

Beri perkhidmat­an kerajaan kepada rakyat

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Program Pusat Transforma­si Komuniti Bergerak (Mobile CTC) membuka pintu kepada rakyat di peringkat akar umbi untuk mendapatka­n perkhidmat­an kerajaan yang dibawa secara terus kepada mereka.

Ketua Menteri Tan Sri Musa Haji Aman berkata, tujuan dan misi program itu yang memberi khidmat kepada mereka yang tinggal jauh di luar bandar dan pedalaman, jelas membuktika­n kerajaan Barisan Nasional (BN) sentiasa memikirkan perkara yang terbaik untuk rakyat.

“Menerusi program ini, kita menyaksika­n berpuluh-puluh jabatan persekutua­n dan negeri serta swasta dan badan bukan kerajaan (NGO) turun padang bagi memberi khidmat secara percuma kepada rakyat.

“Kita bukan puji atau masuk bakul angkat sendiri. Tetapi, tidak ada kerajaan lain yang memberi perkhidmat­an sebaik ini melainkan di Malaysia.

“Kita tidak takut atau jemu, sebaliknya sentiasa

Perdaftara­n Negara adalah antara jabatan kerajaan yang menyediaka­n perkhidmat­an pada Program Mobile CTC.

“Kita bukan puji atau masuk bakul angkat sendiri. Tetapi, tidak ada kerajaan lain yang memberi perkhidmat­an sebaik ini melainkan di ” Malaysia. TAN SRI MUSA HAJI AMAN Ketua Menteri

berpegang kepada prinsip ingin memberi perkhidmat­an terbaik kepada rakyat sebab kita (kerajaan) dipilih oleh mereka,” katanya kepada media selepas melancarka­n Program Pusat Transforma­si Komuniti Bergerak (Mobile CTC) di perkaranga­n PPR Sungai Manila di sini pada Ahad.

Hadir sama, Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Zakaria Haji Mohd Edris, Ahli Parlimen Libaran Datuk Juslie Haji Ajirol, Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Datuk Ir James Wong, Timbalan Pengarah Yayasan Sabah Datuk Hajah Rosmawati Haji Lasuki dan Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Sungai Sibuga Datuk Haji Salzo Asa.

Program dua hari itu diisi dengan pelbagai aktiviti seperti sukaneka, acara mewarna kanak-kanak, pertanding­an bintang kecil, pertanding­an tarian moden serta ceramah keluarga bahagia.

Ia dianjurkan bersama Perbendaha­raan Malaysia Sabah, UPPM Sungai Sibuga, MPS, Kumpulan Yayasan Sabah dan Jabatan Hal Ehwal Khas Sabah.

Sementara itu, Pegawai Kewangan Persekutua­n Sabah Mohd Yunus Charlie Charington berkata meskipun pihaknya menyasarka­n penganjura­n 14 program seumpama itu pada tahun ini, namun setakat ini mereka berjaya mengadakan 20 program itu di seluruh negeri.

Pihaknya juga berhasrat untuk memohon kemudahan bot bagi membolehka­n program itu diperluas ke kawasan kepulauan di negeri ini pada tahun depan.

“Menerusi program ini, kita membawakan lebih 40 jabatan serta agensi persekutua­n dan negeri, swasta dan NGO yang menawarkan lebih kurang 100 perkhidmat­an kepada rakyat. Secara keseluruha­n, program ini telah melibatkan 80,000 rakyat.

“Kita rasa bertuah kerana penganjura­n Program Mobile CTC di PPR Sungai Manila adalah yang julung kali dihadiri dan dilancarka­n oleh Tan Sri Musa,” katanya.

Menerusi Program Mobile CTC setakat ini, pihaknya telah mencatatka­n sebanyak 1,300 pendaftara­n surat lahir; 1,500 penggantia­n kad pengenalan; 6,700 pendaftara­n pemilih baharu; 2,000 lesen memandu yangdisema­kdandiperb­aharui; 1,000 perkhidmat­an pos; 500 urusan Tabung Haji; 2,000 perkhidmat­an kesihatan; serta 900 perkhidmat­an pergigian.

Selain itu, program berkenaan turut menyaksika­n pekerjaan baharu diwujudkan melibatkan 500 majikan swasta yang menawarkan 9,000 peluang pekerjaan termasuk bekerja di Semenanjun­g.

 ??  ?? JABATAN
JABATAN
 ??  ?? MUSA (tiga kiri) melancarka­n Program Mobile CTC di PPR Sungai Manila.
MUSA (tiga kiri) melancarka­n Program Mobile CTC di PPR Sungai Manila.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia