Utusan Borneo (Sabah)

Tambah pelaburan dalam ADAM50: Azizah

- Oleh KENNEDDY CORLLEUS

BEAUFORT: Timbalan Menteri Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun menggesa ibu bapa supaya menambah pelaburan dalam Amanah Dana Anak Malaysia 2050 (ADAM50) demi masa depan anak mereka.

Sambil menyambut baik keseluruha­n Bajet 2018, beliau berkata skim yang memberi faedah kepada setiap anak Malaysia yang dilahirkan bermula 1 Januari 2018 sehingga 2022 itu jelas menunjukka­n bahawa kerajaan amat prihatin terhadap generasi baharu.

“Saya mencadangk­an agar ibu bapa meningkatk­an pelaburan dalam skim ADAM50itud­anmelihatn­ya dari prespektif berbeza yang mana ia akan memberi manfaat dalam jangka masa panjang.

“Sepuluh ringgit yang dilaburkan setiap bulan untuk skim ADAM50 itu pun sudah cukup baik. Sekiranya sudah sampai satu tempoh, saya yakin ia amat berguna untuk anak itu nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Konvokesye­n Mini Tabika dan Taska Kemas di Dewan Pa’ Musa, pada Sabtu.

Dalam pada itu, Azizah yang juga Ahli Parlimen Beaufortbe­rkatamasya­rakat perlu memanfaatk­an kemudahan pendidikan yang disediakan kerajaan menerusipe­nubuhanTab­ika dan Taska Kemas.

Katanya, kerajaan amat menitikber­atkan pendidikan awal kanakkanak di negara ini dengan menyediaka­n kemudahan itu termasukla­h di kawasan luar bandar.

“Dalam Parlimen Beaufort sahaja, terdapat 42 Tabika Kemas iaitu 20 di Klias dan 22 di Kuala Penyu manakala bagi Taska Permata Kemas, terdapat lima kelas di Beaufort.

“Bagi negeri Sabah, terdapat 1,460 Tabika Kemas. Daripada jumlah itu, iajelasmen­unjukkanba­hawa kerajaan mengutamak­an pendidikan awal kanakkanak di negara ini.

“Ini merupakan usaha berterusan kerajaan dalam mempastika­n kadar celik huruf bermula lebih awal yakni seawal umur lima tahun,” katanya.

Padamajlis­itu,seramai152 kanak-kanak menerima sijil graduasi yang disampaika­n Azizah.

 ??  ?? AZIZAH menyampaik­an sijil kepada salah seorang kanak-kanak.
AZIZAH menyampaik­an sijil kepada salah seorang kanak-kanak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia