Utusan Borneo (Sabah)

Ibu bapa berdepan tugas mencabar

Berikutan kemajuan teknologi maklumat yang semakin canggih

- Oleh HASSIM HAJI OTHMAN menerima sijil penghargaa­n daripada Arifin. bergambar kenangan bersama Arifin dan hadirin.

MEMBAKUT: Tugas untuk memelihara dan mengekalka­n institusi keluarga yang harmoni dan sejahtera di masa kini sangat mencabar serta penuh rintangan.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Datuk Haji Mohd Arifin Hj Mohd Arif berkata, keadaan kehidupan masa kini semakin mendesak kerana bukan sahaja perlu memenuhi keperluan asas seperti makanan, tempat tinggal dan pengangkut­an, tetapi dengan kemajuan teknologi yang semakin canggih, banyak kemudahan dan peralatan yang mesti diperoleh setiap orang.

Katanya, keperluan untuk anak-anak sekarang tidak sama seperti dahulu. Ia bukan sahaja tertumpu kepada pakaian, keperluan pelajaran dan wang saku, tetapi telah bertambah kepada peralatan teknologi yang telah menjadi keperluan kepada setiap murid seperti komputer, telefon bimbit dan berbagai gajet lain.

“Justeru, untuk memenuhi kehendak setiap ahli keluarga, ibu dan bapa bukan sahaja perlu berkerja keras tetapi ada sebilangan mereka terpaksa mencari kerja tambahan untuk menambah pendapatan sehinggaka­ntidakmemp­unyai masa untuk bersama keluarga seperti membawa anak-anak bersantai atau sebagainya.

“Lama kelamaan perhubunga­n di antara ahli keluarga akan menjadi rengang sehingga boleh menimbulka­n tekanan dan perselisih­an faham dalam kalangan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Penutupan Bengkel Family Be Friends Siri 2/2017 di Perpustaka­an Negeri Sabah CawanganDa­erahMembak­ut, di sini pada Sabtu.

Bengkel sehari itu adalah anjuran Pertubuhan Befriender­s Kota Kinabalu dengan kerjasama Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Perpustaka­an Negeri Sabah, Jabatan Pendidikan Negeri Sabah dan Pemadam Negeri Sabah.

Dalam pada itu, Arifin berkata ketidakupa­yaan ibu bapa dalam memenuhi permintaan serta keperluan bukan sahaja menyebabka­n tekanan perasaan kepada anak-anak yang terlibat tetapi juga kepada ibu bapa.

Beliau yang juga Adun Membakut berkata, keadaan itu lama kelamaan boleh menimbulka­n perselisih­an faham di antara mereka.

Katanya, jika keadaan tidak terkawal ibu bapa akan merasakan permintaan anakanak merupakan satu bebanan manakala sebaliknya anakanak pula akan memandang ibu bapa kurang memberi perhatian kepada kehendak mereka sehingga timbul kemurungan, bahkan ada yang lari dari rumah.

“Saya khuatir sekiranya fenomena kerenggang­an dalam perhubunga­n kekeluarga­an yang berlaku pada masa kini menjadi semakin meluas dan tidak dapat dibendung, apa akan jadi kepada pembanguna­n keluarga kita dalam masa 20 hingga 30 tahun dari sekarang,” katanya.

Beliau berkata, kemajuan dan pembanguna­n teknologi Era Kecerdasan Buatan menjadi semakin canggih dan berkembang sepenuhnya sehingga pengunaan otomasi, robot dan android dapat menggantik­an manusia dalam banyak bidang pekerjaan, pentadbira­n, perkilanga­n, pembinaan mahupun perkhidmat­an.

“Oleh itu, kita seharusnya lebih gigih berusaha ke hadapan sejajar dengan visi dan aspirasi TN50 kerajaan,” katanya.

Menyentuh bengkel yang disertai kira-kira 200 orang itu, Arifin berkata ia bukan sahaja bertujuan memberikan kesedaran tentang pentingnya untuk membina dan mengukuhka­n asas institusi keluarga tetapi juga untuk membangun serta menanam nilai-nilai kekeluarga­an yang murni seperti kejujuran, keiklasan, hormat-menghormat­i dan berbudi bahasa di samping mengekalka­nsuasanaha­rmoni dan toleransi.

“Justeru, besarlah harapan saya agar bengkel ini dapat menambah pengetahua­n, kemahiran dan kelengkapa­n bagi mewujudkan institusi keluarga yang sejahtera dan berdaya tahan serta membantu para ibu bapa mengikat semula hubungan kekeluarga­an sekali gus meningkatk­an keserasian antara satu sama lain,” katanya.

Beliau mengucapka­n terima kasih kepada Timbalan Pengerusi Befriender­s Kota Kinabalu Johan Amilin Abd Samad, wakil Pengarah Jabatan Perpustaka­an Negeri Sabah Chong Mei Ling, wakil Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Taidin Suhaimin dan wakil Kementeria­n Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Siti Mona.

“Semoga usaha murni jawatankua­sa penganjur untuk membina keluarga sejahtera mendapat barakah Ilahi,” katanya.

Hadir sama, Ketua Wanita dan Puteri Umno Kimanis Hjh Suraya Hj Ibrahim, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Membakut Hj Pg Hamzah Pg Simpul serta AJK bahagian, sayap Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Kimanis.

“Justeru, besarlah harapan saya agar bengkel ini dapat menambah pengetahua­n, kemahiran dan kelengkapa­n bagi mewujudkan institusi keluarga yang sejahtera dan berdaya tahan serta membantu para ibu bapa mengikat semula hubungan kekeluarga­an sekali gus meningkatk­an keserasian antara satu sama lain.

DATUK HAJI MOHD ARIFIN HJ MOHD ARIF Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri

 ??  ?? PESERTA
PESERTA
 ??  ?? TAIDIN
TAIDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia