Utusan Borneo (Sabah)

Rumah Terbuka Deepavali HQE sederhana tapi meriah

-

KOTA KINABALU: Walaupun dirai sedarhana, sambutan Rumah Terbuka sempena Perayaan Hari Deepavali Peringkat Hospital Queen Elizabeth (HQE) anjuran Jabatan Perubatan Am hospital nyata meriah dan penuh bermakna apabila dirai bersama semua anggota tanpa mengira fahaman agama dan kepercayaa­n.

Timbalan Pengarah Klinikal 1, (HQE) Dr. Yogendra A/L Panchaling­am berkata, amalan berhimpun dihadiri bersama kalangan ketuaketua jabatan, pegawai perubatan serta seluruh kakitangan hospital khususnya di majlis jamuan Hari Deepavali memberi banyak manfaat kepada organisasi.

Sambutan dan amalan rumah terbuka Hari Deepavali bukan sahaja membentuk hubungan yang lebih erat kalangan anggota malah mempengaru­hi serta mengukuhka­n amalan kerja berpasukan peringkat unit, bahagian dan jabatan.

Beliau berkata demikian semasa hadir merasmikan Sambutan Hari Rumah Terbuka Deepavali bertempat di Bangunan MenaraBerk­embar,Aras10, HQE pada pagi Jumaat.

“Sambil menikmati juadah, sudah pasti kita dapat berinterak­si dan memupuk ikatan kekeluarga­an antara kakitangan dan ini pastinya mempengaru­hi misi dan agenda dalam meningkatk­an mutu penyampaia­n perkhidmat­an hospital,” katanya.

Hampir seluruh anggota hospital meliputi bahagian klinikal, pengurusan serta kakitangan wad dan klinik hadir memeriahka­n majlis.

 ??  ?? KAKITANGAN HQE yang hadir menikmati juadah pada majlis rumah terbuka itu.
KAKITANGAN HQE yang hadir menikmati juadah pada majlis rumah terbuka itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia