Utusan Borneo (Sabah)

JCI Intan anjur latihan untuk ahli baharu

-

KOTA KINABALU: Seramai 12 ahli baharu dalam pertubuhan bukan kerajaan Junior Chamber Internatio­nal (JCI) telah berjaya menamatkan latihan untuk ahli baharu yang telah dianjurkan oleh JCI Intan di Arena Belia, Kepayan.

Latihan dua jam itu dikendalik­an oleh pelatih antarabang­sa yang dijemput khasdariJC­IIloIlo(Filipina),JCI Senator Gleendo Dasmarinas.

Beliau merupakan seorang pelatih yang berpengala­man dan pernah melatih di negaranega­ra luar seperti Malaysia, Macau dan Indonesia.

Para peserta menjalani latihan menerusi topik-topik yang menyentuh mengenai kepimpinan dan penilaian kendiri agar dapat membantu diri mereka untuk menjadi seorang pemimpin pada masa hadapan.

Latihan itu dipengerus­ikan oleh Dr Alice Chin dan disertai oleh ahli dari JCI Intan, JCI Tg Aru, JCI Kota Kinabalu dan JCI Labuan.

 ??  ?? AHLI baharu JCI merakamkan gambar kenangan selepasa tamat latihan.
AHLI baharu JCI merakamkan gambar kenangan selepasa tamat latihan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia