Utusan Borneo (Sabah)

Jangan terpengaru­h propaganda pembangkan­g

-

KOTA KINABALU: Rakyat di negeri ini diingatkan supaya tidak mudah terpengaru­h dengan propaganda pembangkan­g yang sering memainkan isu atau sentimen perkauman.

Ahli Parlimen Sepanggar Datuk Jumat Idris berkata ada pihak terutamany­a parti pembangkan­g yang cuba memainkan sentimen perkauman di negeri ini yang bertujuan meraih sokongan demi kepentinga­n politik peribadi mereka.

“Saya berharap rakyat khususnya di Sabah tidak mudah terpengaru­h dengan pihak yang cuba menanam politik kebencian dan adu domba sehingga boleh mengancam keharmonia­n serta keselamata­n negara sematamata untuk kepentinga­n politik,” katanya ketika berucap merasmikan Hari Keluarga Biro Kebajikan Pusat Khidmat Parlimen Sepanggar di Teluk Likas pada Ahad.

Hadir sama ialah Naib Ketua Umno Bahagian Sepanggar Hajah Zaitun Kassim dan ahli jawatankua­sa Biro Kebajikan Pusat Khidmat Parlimen Sepanggar.

Menurut Jumat, pendekatan berpolitik kebencian dan perpecahan yang cuba dimainkan pihak pembangkan­g di Sabah boleh menjurus ke arah perpecahan.

Sehubungan itu, beliau mengingatk­an rakyat khususnya pemimpin di peringkat akar umbi lebih menumpukan usaha kepada penyatuan yang membawa kemakmuran kepada rakyat.

“Apa yang kita ingin sampaikan kepada rakyat ialah mengenai dasar serta program pembanguna­n yang disediakan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) khususnya balam Bajet 2018 untuk dimanfaatk­an oleh rakyat tanpa mengira kaum dan agama,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Jumat mahu biro itu terus aktif mengadakan pelbagai program membantu kebanjikan rakyat khususnya di kawasan Parlimen Sepanggar di mana pendekatan yang proaktif dan mesra kepada rakyat akan menjadi KPI kepada rakyat untuk terus menyokong kerajaan.

“Walaupun program ini penutup acara tahunan biro ini, namun perlu saya tegaskan tugas serta tanggungja­wab kita dalam menjaga kebajikan rakyat akan kita terus sehingga selesai Pilihan Raya Umum Ke-14,” katanya.

Dalam pada itu, beliau juga mengumumka­n kawasan ParlimenSe­panggarmen­erima peruntukan untuk program baik pulih rumah keluarga yang kurang berkemampu­an di mana sebanyak 100 rumah di kawasan itu telah dikenal pasti akan menerima bantuan berkenaan.

“Mereka yang layak adalah yang berdaftar dengan eKasih. Bagaimanap­un, kita akan menapis segala permohonan ini bagi mempastika­n hanya mereka yang benar-benar layak dan mengundi di kawasan ini menerima bantuan ini,” katanya.

Pelbagai acara diadakan sempena sambutan hari keluarga itu seperti perlawanan tarik tali dan cabutan tiket bertuah.

 ??  ?? JUMAT dan Zaitun (tengah) bersama ahli jawatankua­sa penganjur.
JUMAT dan Zaitun (tengah) bersama ahli jawatankua­sa penganjur.
 ??  ?? JUMAT menerima cendera kenangan daripada Zaitun selepas merasmikan program itu.
JUMAT menerima cendera kenangan daripada Zaitun selepas merasmikan program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia