Utusan Borneo (Sabah)

Penjawat awam Johor bakal terima imbuhan melebihi RM1,500

-

ISKANDAR PUTERI: Penjawat awam Johor dijangka menerima bayaran khas melebihi RM1,500 yang bakaldiumu­mkanduamin­ggu lagi pada pembentang­an Bajet Negeri 2018.

Setiausaha Kerajaan Johor Datuk Azmi Rohani bagaimanap­un berkata jumlah sebenar bayaran hanya akan diumumkan oleh Menteri Besar Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin ketika pembentang­an bajet itu di Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 23 Nov ini.

“Kerajaan negeri menjamin bayaran khas untuk penjawat awam Johor adalah lebih baik daripada apa yang dinyatakan kerajaanpe­rsekutuans­ebelum ini.

“Ini sebagai penghargaa­n kepada semua penjawat awam Johor,” kata beliau kepada pemberita selepas Sesi Dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) yang dihadiri Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa serta kira-kira 2,700 penjawat awam di Pinewood Iskandar Malaysia Studios di sini, pada Ahad.

Katanya, ketika ini, terdapat 16,612 penjawat awam negeri dan 121,335 penjawat awam persekutua­n berkhidmat di Johor.

Dalam pembentang­an Bajet 2018 pada 27 Okt lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumka­n bayaran khas berjumlah RM1,500 kepada penjawat awam persekutua­n.

Bayaran itu, katanya, akan diberikan sebanyak dua kali iaitu RM1,000 pada awal Januari depan dan RM500 lagi menjelang sambutan Aidilfitri.

 ??  ?? KETUA Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa (kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohanimend­engarsoala­ndan cadangan daripada penjawat awam ketika Sesi Dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) Bersama Penjawat Awam Negeri Johor di...
KETUA Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa (kanan) dan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor Datuk Azmi Rohanimend­engarsoala­ndan cadangan daripada penjawat awam ketika Sesi Dialog Transforma­si Nasional 2050 (TN50) Bersama Penjawat Awam Negeri Johor di...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia