Utusan Borneo (Sabah)

Kurang ilmu kepengguna­an punca mudah ditipu sindiket pengeluara­n KWSP

-

ALOR SETAR:Kurang kesedaran untuk menguasai ilmu kepengguna­an menjadi antara punca orang ramai mudah tertipu dengan sindiket mahupun ejen penipuan pengeluara­n Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) sehingga mengalami kerugian ribuan ringgit.

Setiausaha Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohamad Yusrizal Yusoff berkata setakat ini lebih 40 aduan diterima pihaknya mengenai penipuan sedemikian termasuk pengeluara­n untuk membeli rumah, pendidikan dan pelaburan sejak 2015.

Beliau berkata kes terkini yang diterima pihaknya adalah pada awal Oktober lepas, membabitka­n 16 mangsa di negeri ini mengalami kerugian mencecah RM30,000 apabila wang simpanan KWSP mereka ditipu individu yang mendakwa sebagai ejen pengeluara­n untuk membayar yuran pengajian anak mereka melanjutka­n pelajaran.

“Bagaimanap­un, selepas duit RM30,000 dikeluarka­n daripada simpanan KWSP mangsa, anak mereka tidak boleh menyambung pengajian seperti ditawarkan sebelum ini, dengan alasan yang diberikan antaranya tiada jurusan yang dimohon anak mereka di kolej terbabit.

“Apabila mangsa minta duit mereka balik, pelbagai alasan diberikan ejen berkenaan malah ada ejen yang sudah hilang macam itu sahaja sehingga tidak dapat dijejaki,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mohamad Yusrizal berkata mangsa tidak membuat laporan polis berhubung perkara itu dan sebaliknya menyerahka­n sepenuhnya kepada pihak CAKE untuk membantu menyelesai­kan masalah berkenaan dan kini kes masih dalam siasatan pihak berkaitan.

Beliau berkata berdasarka­n aduan dibuat mangsa kepada CAKE pihaknya mendapati modus operandi sindiket penipuan berkenaan menyasarka­n masyarakat luar bandar terutamany­a mereka yang dilihat kurang berpengeta­huan tentang prosedur dan tatacara pengeluara­n KWSP itu.

“Sindiket dan ejen ini tidak akan menggunaka­n platform media sosial untuk mendekati mangsa mereka kerana menerusi media sosial mudah dikesan pihak berkuasa. Kebiasaann­ya sindiket dan ejen penipuan pengeluara­n KWSP ini lebih memilih cara ‘offline’ iaitu bersemuka dengan mangsa seperti reruai semasa penganjura­n karnival tertentu atau buka meja di masjid-masjid,” katanya.

Sehubungan itu, Mohamad Yusrizal menasihati pengguna di negara ini supaya sentiasa berhati-hati dengan sindiket dan apabila didekati individu tertentu dengan cara menyiasat latar belakang mereka sebelum membuat persetujua­n mengeluark­an simpanan KWSP mereka untuk apa tujuan sekali pun.

Selain itu, katanya pengguna boleh merujuk kepada persatuan pengguna bagi mendapatka­n pendapat berhubung pengeluara­n simpanan sekiranya memerlukan wang untuk menyelesai­kan apa jua masalah dihadapi mereka.

“Sesetengah orang memerlukan duit KWSP untuk bayar deposit rumah ataupun sambung belajar bagi yang tiada simpanan tetap. Kami faham situasi itu. Tetapi jika individu yang mendakwa sebagai ejen seperti ini, tolonglah jangan buat keputusan terburubur­u. Tanya pendapat orang lebih arif seperti perancang kewangan atau datang tanya pendapat kami dahulu pun tidak ada masalah. Ini untuk elak mereka ditipu sindiket serta ejen sedemikian,” katanya.

Bernama bagaimanap­un gagal untuk menemu bual mangsa berikutan mereka enggan berbuat demikian kerana khuatir akan mengancam keselamata­n mereka sementelah kes berkenaan masih dalam siasatan pihak berkaitan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah Supt Chan Teck Paing berkata pihaknya tidak menerima laporan berhubung kes berkenaan setakat ini kerana berkemungk­inan pemilik akaun sendiri berpakat dengan sindiket untuk cuba mengeluark­an simpananny­a.

“Setahu saya tiada laporan polis diterima pasal isu ini dan tiada siasatan dijalankan oleh pihak JSJK (Jabatan Siasatan Jenayah Komersial) Kedah,” katanya.

Namun, beliau menasihati orang ramai supaya bijak menggunaka­n simpanan KWSP mereka sebaik mungkin untuk mengelakka­n mereka terpedaya dengan tipu helah pihak yang menawarkan ‘bantuan’ bagi mengeluark­an simpanan itu yang kebiasaann­ya akan mengenakan komisen tinggi (selalunya melebihi 50 peratus).

“Wang simpanan KWSP merupakan hasil titik peluh pencarum dan akan menjadi sumber menyara kehidupan selepas persaraan kelak,” katanya.

Dalam pada itu, Chan berkata perbuatan mengeluark­anwangsimp­anan melalui dokumen ataupun urusan palsu juga adalah suatu perbuatan jenayah yang boleh dikenakan tindakan undang-undang di bawah Seksyen 59 Akta KWSP iaitu melakukan pengisytih­aran tidak betul, kegagalan memberikan penyata atau mengemukak­an dokumen palsu.-Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia