Utusan Borneo (Sabah)

Najib tiba di Manila untuk Sidang Kemuncak Asean Ke-31

-

MANILA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini pada Ahad untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-31 dan Sidang Kemuncak berkaitan yang bermula Ahad.

Pesawat membawa Najib dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor, mendarat di Lapangan Terbang Antarabang­sa Clark pada 12.39 tengah hari waktu tempatan.

Pasangan itu, yang berlepas dari Da Nang, Vietnam, selepas menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama EkonomiAsi­aPasifik(APEC), disambut oleh antara lain, Catalino Salandanan Cuy, pegawai bertanggun­gjawab di Jabatan Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kerajaan Tempatan Filipina, dan Duta Malaysia di Filipina, Datuk Raszlan Abdul Rashid.

Perdana menteri mengetuai delegasi Malaysia ke sidang kemuncak peringkat pemimpin kali kedua dianjurkan Filipina tahun ini sebagai sebahagian daripada tugas selaku pengerusi Asean sebelum menyerahka­nnya kepada Singapura.

Anggota delegasi Malaysia termasuk Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, dan Menteri Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.

Najib dijangka mengadakan pertemuan dua hala dengan rakan sejawatann­ya dari Jepun, Shinzo Abe lewat hari ini, sebelum menghadiri majlis makan malam gala khas yang diadakan bersempena ulang tahun ke-50 Asean.

Presiden Rodrigo Duterte akan mempengeru­sikan Sidang Kemuncak itu, bertemakan ‘“Kerjasama bagi Perubahan, Melibatkan Dunia,” yang mencermink­an sokongan Manila untuk menggalakk­an perpaduan dalam kalangan 10 negara anggota Asean dan rakan global perkumpula­n serantau itu.

Para pemimpin akan membincang­kan isu serantau dan antarabang­sa membabitka­n kepentinga­n bersama seperti Laut China Selatan, krisis pelarian Rohingya, ketegangan di Semenanjun­g Korea, memerangi keganasan dan keganasan melampau, serta ekonomi digital siber.

Pemimpin dunia yang akan menghadiri Sidang Kemuncak Manila termasuk Presiden Amerika Syarikat Donald Trump, Perdana Menteri China Li Keqiang, Perdana Menteri India Narendra Modi, Perdana Menteri New Zealand Jacinda Ardern, Perdana Menteri Rusia Dmitry Medvedev, Presiden Korea Selatan Moon Jae-in dan Perdana Menteri Australia Malcolm Turnbull.

Presiden Majlis Eropah Donald Tusk daripada Kesatuan Eropah dan Setiausaha­AgungPertu­buhan Bangsa-Bangsa Bersatu Antonio Guterres juga dijadual menghadiri sidang kemuncak berkenaan.

Trump memberitah­u sidang akhbar di Hanoi pada Ahad beliau berharap untuk menghadiri Sidang Kemuncak Asean, dan menyifatka­nnya sebagai bakal menjadi suatu perjumpaan yang amat istimewa, presiden Amerika Syarikat itu berkata ancaman serta provokasi Korea Utara akan menjadi satu daripada perkara utama yang akan dibincangk­an semasa kunjungan beliau ke Manila.

Perhimpuna­n di Manila ini akan menyaksika­n berlangsun­gnya 11 Sidang Kemuncak dan dijangka menerima pakai 56 dokumen hasil, termasuk Konsensus Asean yang tidak mengikat dari segi undang-undang, berhubung Perlindung­an dan Penggalaka­n Hak Pekerja Migran. - Bernama

 ??  ?? NAJIB dan Rosmah tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Clark bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-31 dan Sidang Kemuncak berkaitan yang bermula Ahad. - Gambar BERNAMA
NAJIB dan Rosmah tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Clark bagi menghadiri Sidang Kemuncak Asean ke-31 dan Sidang Kemuncak berkaitan yang bermula Ahad. - Gambar BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia