Utusan Borneo (Sabah)

Guna telefon bimbit semasa memandu diakui punca kemalangan

-

PUTRAJAYA: Kajian Institut Penyelidik­an Keselamata­n Jalan Raya Malaysia (Miros) mendapati kebanyakan pemandu di negara ini mengakui bahawa penggunaan telefon bimbit ketika memandu merupakan faktor penyumbang kepada kemalangan jalan raya, kata Pengerusin­ya, Tan Sri Lee Lam Thye (gambar).

Beliau berkata majoriti rakyat Malaysia juga bersetuju penggunaan telefon bimbit ketika memandu boleh mempengaru­hi tingkah laku pemanduan serta membahayak­an diri mereka dan orang lain, namun mereka masih berbuat demikian.

Katanya, Miros melakukan kajian rawak pada tahun lalu terhadap 300 responden di Lembah Klang yang mendapati 43.4 peratus pengguna jalan raya menggunaka­n telefon bimbit ketika memandu kereta dan membonceng motosikal manakala 61.7 peratus pemandu menerima atau membuat panggilan telefon ketika memandu sekurang-kurangnya satu hingga tiga kali seminggu.

Selain itu, kajian itu juga mendedahka­n 53.6 peratus pemandu menggunaka­n telefon bimbit ketika terperangk­ap di dalam kesesakan jalan raya; 53 peratus pemandu menaip teks ketika memandu sekurangku­rangnya satu hingga tiga kali seminggu dan 61.7 peratus pemandu menerima atau membuat panggilan telefon ketika memandu sekurang-kurangnya satu hingga tiga kali seminggu, katanya.

Lee berkata demikian dalam sidang media selepas merasmikan Road Safety Run 2017, anjuran Miros dan Uber bersempena ulang tahun ke10 penubuhan MIROS di sini pada Ahad.

Justeru, beliau berpendapa­t walaupun responden mengakui penggunaan telefon bimbit merupakan antara punca kemalangan, namun mereka enggan berubah sikap, kurang displin dan degil meneruskan tabiat itu, sekaligus meningkatk­an risiko jalan raya.

“Segala-galanya berpunca daripada sikap masingmasi­ng. Saya berpendapa­t penguatkua­saan undangunda­ng jalan raya oleh Jabatan Pengangkut­an Jalan dan Polis Diraja Malaysia di negara ini perlu dipertingk­atkan lagi bagi memastikan pemandu memandu dengan mengikut peraturan jalan raya yang telah ditetapkan.

“Miros mendapati budaya dan sikap pemandu memang merupakan trend pada masa kini dan Miros akan menjalanka­n lebih banyak lagi kempen kesedaran kepada pengguna jalan raya,” katanya.

Terdahulu, dalam ucapan perasmiann­ya, Lee berkata Miros berhasrat untuk menjadikan larian sebagai acara tahunan sebagai antara usahanya mempelbaga­i kempen kesedaran keselamata­n jalan raya, selain acara larian merupakan platform terbaik untuk menyampaik­an maklumat secara terus kepada rakyat.

Lebih 2,000 peserta menyertai acara larian yang terbahagi kepada dua kategori iaitu tiga kilometer dan 10km. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia