Utusan Borneo (Sabah)

Ratusan masih berdegil di Manus

-

SYDNEY: Puluhan pelarian meninggalk­an sebuah kem Australia yang ditutup di Papua New Guinea (PNG) tetapi ratuisan lagi enggan berganjak, kata tahanan semalam, manakala pemimpin New Zealand mengulangi tawaran untuk menempatka­n semula sebahagian mereka.

Australia menghantar pencari suaka yang cuba sampai ke negara itu dengan menaiki bot ke dua kem Pasifik di Pulau Manus, PNG, atau Nauru untuk diproses di bawah dasar imigresen yang keras.

Kira-kira 600 lelaki enggan meninggalk­an pusat tahanan di Manus selepas ia ditutup pada 31 Oktober lalu setelah Mahkamah Agung PNG memutuskan ia melanggar perlembaga­an, menyebut kebimbanga­n keselamata­n mereka di luar.

Sementara ada yang sudah berpindah ke tiga pusat peralihan di Manus, 423 lagi masih tinggal dalam kem berkenaan walaupun tidak ada air dan elektrik serta bekalan makanan terhad, kata tahanan Kurdis-Iran dan wartawan Behrouz Boochani semalam.

Boochani berkata lelakilela­ki itu bergelut dengan kebuluran dan mencatu makanan yang dibenarkan dibawa masuk ke dalam kem.

Pihak berkuasa Australia dan PNG menegaskan ketigatiga pusat peralihan menyediaka­n perkhidmat­an asas termasuk makanan dan air, namun Boochani mendakwa mereka yang berpindah ke sana mengadu keadaan susah. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia