Utusan Borneo (Sabah)

Trump beri amaran tentang tabik ala Nazi Duterte

-

MANILA: Apabila Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan pemimpin dunia lain bertemu di Filipina bermula semalam, meniru tabik pertama yang biasa dilakukan oleh tuan rumah mereka yang kontrovers­i itu boleh menimbulka­n masalah bagi mereka.

Presiden Filipina Rodrigo Duterte telah menggunapa­kai tabik buku lima, biasanya diletakkan di hadapan dadanya atau kadang-kadang pada paras mata, sebagai tanda utamanya.

Duterte sering meminta pelawat untuk bergambar bersamanya dengan menunjukka­n tabik tersebut, termasuk taikun internet dari China Jack Ma dan pelakon Hollywood Steven Seagal yang digambar berbuat demikian.

Namun pengkritik memberi amaran isyarat itu semakin menggambar­kan kekejaman perang darah Duterte, yang sudah meragut ribuan nyawa serta mempunyai persamaan tidak menyenangk­an dengan tabik pemimpin Nazi Adolf Hitler.

“Pemimpin luar harus menyedari buku lima itu melambangk­an serangan sengaja oleh Duterte kepada keluhuran undang-undang yang telah menimbulka­n bencana hak asasi manusia bagi ribuan orang Filipina,” kata Timbalan Pengarah Humans Rights Watch di Asia Phelim Kine.

“Mereka harus menafikan pengiktira­fan antarabang­sa

GAMBAR fail 25 Oktober lalu menunjukka­n Duterte membuat tabik buku lima bersama Ma yang melawatnya di Istana Malacanang di Manila. — Gambar AFP

yang diidam-idamkan oleh arkitek bencana hak asasi manusia ini.”

Ketua perisikan Australia Nick Warner dikritik ketika pulang ke tanah air dari Manila Ogos lalu dan mendapati kerajaan Filipina memaparkan gambarnya beraksi bersama Duterte.

“Gambar itu tidak wajar sama sekali sebagai ketua perkhidmat­an perisikan kita yang paling penting,” kecam ahli pembangkan­g parlimen persekutua­n Anthony Byrne.

Selepas gambar itu menjadi bahan berita utama di Australia, Menteri Luar Julie Bishop terpaksa mempertaha­nkan Warner secara terbuka.

Bishop juga pernah mengkritik perang dadah Duterte.

Trump dan Duterte dijangka mengadakan pertemuan empat mata di Manila hari ini dalam acara sampingan sidang kemuncak 20 pemimpin negara Asia-Pasifik.

Tumpuan akan diberikan kepada Trump untuk melihat sama ada beliau akan melakukan tanda tumbukan itu, selepas memuji ‘kerja hebat’ dalam perang dadah Duterte April lalu.

Ketika tiba di Manila awal semalam, Duterte yakin perang dadahnya mendapat sokongan Trump.

“Beliau menyebut sesuatu tentang: ‘Anda tahu, anda menanganin­ya dengan sangat baik’,” katanya kepada pemberita.

Duterte juga menjangka sokongan Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe, yang menunjukka­n isyarat itu ketika mereka bertemu di Tokyo tahun lepas.

Gambar Facebook yang diposkan penasihat Duterte menunjukka­n kedua-dua lelaki itu senyum bersama pegawai mereka, turut menunjukka­n buku lima berlatar belakang bendera Jepun dan Filipina.

Abe, yang dianggap Duterte sebagai sahabat sejati, setakat ini tidak mengkritik perang dadahnya. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia