Utusan Borneo (Sabah)

Memiliki bom, pekerja FAA antara dua diberkas polis

-

WASHINGTON: Pihak polis di Carolina Utara telah menahan dan mendakwa dua lelaki, seorang adalah seorang pekerja di lapangan terbang, kerana memiliki sebiji bom buatan sendiri, menurut polis.

Mereka menyatakan seorang lelaki bernama Derrick Fells, 39, telah membuat alat tersebut.

Semasa penahanann­ya semalam, selepas satu panggilan telefon 911 daripada seorang pemberi maklumat yang tidak dikenali, Fells telah mengaku membuat alat tersebut, yang dinyatakan sebagai sejenis bom paip.

Fells memberitah­u polis di Charlotte dia telah bercadang untuk menggunaka­n bom itu terhadap seorang jiran yang telah bergaduh dengannya, namun mengubah fikirannya serta memberikan ia kepada Paul George Dandan, 30, pekerja sepenuh masa Pentadbira­n Penerbanga­n Persekutua­n (FAA) yang berpangkal­an di Lapangan Terbang Antarabang­sa Charlotte Douglas.

Pihak polis berkata, Dandan diberi akses hanya kepada sebuah menara kawalan trafik udara di luar kawasan.

PAUL GEORGE DANDAN

FAA menyatakan akses Dandan telah dimansuhka­n dan dia telah bekerjasam­a dengan pihak berkuasa.

Dia didakwa memiliki sejenis senjata pemusnah besar-besaran (WMD) dan tuduhan berkaitan, manakala Fells didakwa atas tiga tuduhan, termasuk menghasilk­an senjata pemunsha besar-besaran.

Ketika Jabatan Pertahanan AS menjelaska­n WMD berkemampu­an bagi menye-babkan kematian beramai-ramai, Jabatan Kehakiman telah memberikan fleksibili­ti meluas kepada pendakwa raya untuk menggunaka­n terma terhadap senjata termasuk bom, bom tangan dan senjata tertentu. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia