Utusan Borneo (Sabah)

Malaysian Formula Bikes lancar model Cruisym 250i awal tahun depan

-

SERDANG: Malaysian Formula Bikes Sdn Bhd, pengimport dan pemasang motosikal dan skuter buatan Taiwan daripada San Yang Motor (SYM), akan melancarka­n model baharu Cruisym 250i pada awal tahun depan.

Pengarah Urusannya, Datuk Seri Arifuddin Mohamed Shah berkata syarikat menyasarka­n jualan sebanyak 1,500 unit setahun bagi model skuter maxi itu.

“Cruisym 250i adalah kenderaan cekap tenaga (EEV) yang menepati syarat-syarat standard Euro 3 (European emission standards) dan berspesifi­kasi tinggi.

“SYM juga ada model 300cc, tetapi kita bawakan model 250cc yang akan menarik minat lebih ramai pengguna,” katanya kepada Bernama semasa pameran jelajah SYM, di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), di sini kelmarin.

Katanya, bagaimanap­un, buat masa sekarang harga Cruisym 250i belum dapat ditentukan dan hanya akan diumumkan pada pelancaran model itu kelak.

Arifuddin berkata, Malaysian Formula Bikes juga akan memberi fokus kepada segmen motosikal dan skuter cekap tenaga pada masa akan datang.— Bernama

 ??  ?? SAFEE (dua kiri) bersama Arifuddin (dua kanan) pada Program SYM Bersama Safee Sali di Autoshow KLIAS 2017 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), kelmarin. — Gambar Bernama
SAFEE (dua kiri) bersama Arifuddin (dua kanan) pada Program SYM Bersama Safee Sali di Autoshow KLIAS 2017 di Tapak Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), kelmarin. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia