Utusan Borneo (Sabah)

Eksport cendawan meningkat kepada RM300 juta pada 2020

-

KENINGAU: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup menggalakk­an rakyat, khususnya di kawasan pedalaman, supaya menceburi perusahaan cendawan.

Menurutnya cendawan Malaysia semakin mendapat permintaan yang tinggi, dengan nilai eksport dianggarka­n meningkat kepada RM300 juta atau 67,000 tan metrik menjelang 2020.

“Pengeluara­n cendawan di negara ini sejak 2010 berkembang 16 peratus setahun iaitu 16,000 tan metrik.

“Justeru, pemilihan perniagaan cendawan shitake oleh Koperasi Rukun Tetangga Rancangan Belia Tiulon Blok A Bhd merupakan langkah terbaik ketika permintaan terhadap makanan itu semakin meningkat,” katanya ketika merasmikan Program Pemerkasaa­n Khidmat Komuniti koperasi itu di sini kelmarin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia