Utusan Borneo (Sabah)

Pasaran getah diniagakan lebih tinggi

-

KUALA LUMPUR: Pasaran getah Malaysia dijangka diniagakan lebih tinggi pada minggu ini berikutan penguranga­n bekalan selepas musim hujan yang melanda banyak negaranega­ra pengeluar getah, kata seorang peniaga.

Katanya, kesan berpanjang­an cuaca ini, bukan sahaja telah menjejaska­n pengeluara­n getah Malaysia tetapi juga negara-negara pengeluar getah yang lain.

Internatio­nal Rubber Consortium Limited (IRCo) dalam siaran medianya, berkata hujan lebat dan banjir di beberapa kawasan di Thailand serta Indonesia telah menjejaska­n aktiviti penorehan dan bekalan.

Fenomena La Nina yang dijangka membawa hujan lebat serta banjir dari November 2017 sehingga Januari 2018 akan mengurangk­an bekalan getah asli (NR) untuk pasaran global.

Sementara itu, IRCo melaporkan musim luruh pada pokok getah asli di Selatan China yang berterusan serta di Thailand dan Malaysia pada awal tahun depan juga dijangka akan menyusutka­n bekalan getah asli untuk pasaran global.

Pasaran getah juga akan menjejaki pergerakan ringgit dan harga minyak mentah pada minggu ini yang dijangka akan menerima kesan daripada sentimen pasaran, katanya.

Dari Jumaat ke Jumaat, harga tengah hari Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 menurun sebanyak 5.5 sen kepada 582.5.0 sen sekilogram manakala lateks pukal susut dua sen kepada 480.5 sen sekilogram.

Harga penutup tidak rasmi jam 5 petang bagi SMR 20 menokok sebanyak 1.5 sen kepada 588.0 sen sekilogram dan lateks pukal naik sebanyak 0.5 sen kepada 477.0 sen sekilogram. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia