Utusan Borneo (Sabah)

Niaga hadapan KLIBOR kekal tidak aktif

-

KUALA LUMPUR: Kontrak pasaran hadapan tiga bulan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) di Bursa Malaysia Derivatif dijangka kekal lengang minggu ini berikutan kekurangan pemangkin.

Untuk minggu baharu berakhir, tiada urus niaga dicatat dengan kepentinga­n terbuka kekal sifar.

Pada asas Jumaat ke Jumaat, November 2017, Disember 2017, Januari 2018 dan Mac 2018 masing-masing berada pada 96.52, 96.50, 96.50 dan 96.50.

Pendasar tiga bulan KLIBOR di pasaran tunai kekal pada 3.43 peratus pada Jumaat. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia