Utusan Borneo (Sabah)

Kontrak hadapan emas tidak banyak berubah

-

KUALA LUMPUR: Dagangan kontrak hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatif dijangkaka­n tidak banyak berubah minggu ini, menjejaki pasaran hadapan emas Bursa Komoditi US (COMEX).

Peniaga Phillip Futures Sdn Bhd Ong Su Ling berkata, pasaran hadapan emas di COMEX dijangkaka­n akan memberi reaksi ke atas agenda reformasi percukaian AS.

“Akan ada pelbagai data AS minggu depan (minggu ini) yang merangkumi indeks harga pengguna, tuntutan awal penganggur­an, data pengeluara­n industri serta perumahan,” katanya kepada Bernama.

Bagi minggu yang baharu berakhir, kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia diniagakan rendah sedikit, seiring dengan penurunan dalam niaga hadapan emas COMEX.

Berdasarka­n perbanding­an Jumaat ke Jumaat, Oktober 2017, November 2017, Disember 2017 dan Januari 2018 masing-masing mencatatka­n penurunan enam mata kepada RM174.70, RM174.70, RM175.20 dan RM175.70 segram.

Jumlah dagangan mingguan merosot kepada 15 lotbernila­i RM261,760, berbanding 32 lot minggu lepasberni­lai RM573,770.

Kepentinga­n terbuka pada Jumaat meningkat kepada 90 kontrak berbanding 80 kontrak sebelumnya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia