Utusan Borneo (Sabah)

Tingkat kesedaran komuniti, peka keperluan warga emas

-

MIRI: Kesedaran dalam kalangan masyarakat mengenai hak dan keperluan warga emas perlu dipupuk, kata Menteri Muda Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n Kanak-kanak Rosey Yunus.

Jelasnya, golongan emas mempunyai hak untuk hidup dalam persekitar­an yang selamat dan kondusif, serta mendapat perlindung­an.

“Malah, mereka turut perlu diberi peluang sewajarnya mengikut kepakaran dan keperluan demi keadilan sejagat,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis sambutan Hari Warga Emas Peringkat Bahagian Miri anjuran Jawatankua­sa Pembanguna­n Warga Emas Bahagian Miri, Pejabat Kebajikan Masyarakat bahagian Miri dan Pusat Aktiviti Warga Emas Miri bertempat di Kompleks Islam Sarawak, di sini pada Sabtu.

Katanya, penganiaya­an dan pengabaian terhadap warga emas sesuatu tidak boleh diterima dan ditegah sama sekali dalam masyarakat kita.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri Bekenu itu, sesuai tema sambutan ‘Warga Emas Bahagia, Keluarga Sejatera’, ia sebagai pemangkin kepada usaha meningkat hak keselamata­n dan perlindung­an kepada warga emas.

“Ia turut bertujuan membendung kes pengabaian golongan berkenaan yang sering kita lihat di media massa.

“Nilai kasih sayang perlu disemarak dan kita perlu sedar terutama golongan muda bahawa kita mempunyai tanggungja­wab perlu digalas dalam memperkuku­h institusi kekeluarga­an,” katanya.

Katanya, apabila berasa sayang justeru wujud rasa saling menghormat­i warga emas dan tanggngjaw­ab terhadap mereka.

Rosey mahu warga emas terus bergiat aktif dalam pelbagai aktiti agar dapat menyumbang ke arah pembanguna­n negara dan bangsa.

“Pengiktira­fan warga emas yang disambut setiap 1 Oktober setiap tahun adalah bagi menghargai sumbangan anda.

“Justeru, teruslah bergiat secara aktif dan terlibat dalam pelbagai aktiviti yang dianjur persatuan atau terlibat dalam aktiviti sukarelawa­n untuk terus mencapai kesejahter­aan hidup,” katanya.

Sementara itu, sambutan terbabit turut diseri pelbagai aktiviti menarik seperti pertanding­an menyanyi, pertanding­an senyum atau ketawa, menyusun puzzle, explorace warga emas, pertanding­an anyaman ketupat, selain cabuatan bertuah.

Turut diselit dengan agensi dan jabatan yang terlibat sama membuat pameran seperti bomba, pejabat Pergigian Bahagian Miri, Angkatan Pertahanan Awam, Agensi Antidadah Kebangsaan, polis, MamaCare, jabatan kesihatan dan lain-lain.

 ??  ?? ROSEY bersama tetamu kehormat melakukan simbolik perasmian sambutan Hari Warga Emas Peringkat Bahagian Miri.
ROSEY bersama tetamu kehormat melakukan simbolik perasmian sambutan Hari Warga Emas Peringkat Bahagian Miri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia