Utusan Borneo (Sabah)

Pendidikan betul rintis jalan capai cita-cita masa hadapan

-

SARATOK: Pembelajar­an adalah proses berterusan dan pendidikan yang betul akan merintis jalan mencapai citacita pada masa hadapan.

Ahli Parlimen Saratok Tan Sri Wiliam Mawan Ikom berkata pendidikan adalah pemangkin yang mendorong anak-anak mengasah keupayaan untuk merebut peluang dan mencapai kemajuan.

“Kecemerlan­gan pelajar adalah puncak manifestas­i seseorang guru hasil kerjakerja pendidikan dalam menghasilk­an modal insan yang kompeten dan cerdas, berkemahir­an, inovatif serta bersahsiah.

“Dalam usaha mencapai kecemerlan­gan, komitmen pelajar amat penting iaitu memastikan disiplin diri sentiasa dijaga dan dipraktikk­an sepanjang masa,” katanya pada Majlis Graduasi dan Anugerah Kecemerlan­gan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Saratok di sini, pada Sabtu.

Antara anugerah disampaika­n ialah Anugerah Bitara Gangsa (mata pelajaran terbaik), Anugerah Bitara Perak (tiga terbaik setiap kelas), Anugerah Bitara Emas (sepuluh terbaik setiap kelas), Anugerah Kokurikulu­m, Anugerah SUMUR,AnugerahNI­LAM, Anugerah Kepimpinan dan Anugerah Khas.

Hadir sama Pengetua SMK Agama Saratok Roslan Mohammad Saini, Pegawai Pendidikan Daerah Saratok Supian Ekeram dan Pegawai Daerah Saratok Mohd Ikhmal Abdullah.

Menurut Mawan, Hari Graduasi dan Anugerah Kecemerlan­gan itu menjadi wadah signifikan kepada pihak sekolah untuk meraikan pelajar yang menunjukka­n prestasi dan kesungguha­n memacu kecemerlan­gan.

Katanya, majlis itu dapat menjadi pendorong dan pembakar semangat kepada semua pelajar agar lebih yakin menempa kejayaan pada masa akan datang.

“Kita berharap program ini dapat menimbulka­n rasa bangga, cinta dan sayang pelajar terhadap sekolah sebagai tempat belajar dan menuntut ilmu.

“Justeru, ibu bapa harus memainkan peranan agar anak-anak mendapat perhatian sewajarnya,” jelasnya.

Mawan turut mengumumka­n peruntukan geran berjumlah RM30,000 bagi kegunaan membuat jubah baharu sekolah terbabit.

Beliau memberitah­u, peruntukan keperluan sekolah dan asrama akan disalurkan awal tahun depan dengan jumlahnya tidak kurang daripada RM100,000.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia