Utusan Borneo (Sabah)

Penduduk tiada dokumentas­i diri dipelawa hadir kempen Pendaftara­n Lewat Kelahiran

-

MIRI: Orang ramai mempunyai masalah tiada dokumen pengenalan diri atau sijil lahir dipelawa hadir pada kempen Pendaftara­n Lewat Kelahiran pada 16 dan 17 November ini.

Ia adalah anjuran Biro Aduan Awam SUPP (PCB) dengan kerjasama Unit Khas Bergerak (UKB) Cawangan Miri.

Kempen selama dua hari itu katanya akan berlangsun­g di Kampung Sukan Petronas Miri bermula dari jam 10 pagi sehingga 6 petang.

Ketua Operasi Biro Aduan Awam SUPP Miri, Erick Chin berkata kempen itu membantu menyelesai­kan orang awam tiada dokumen pengenalan diri seperti sijil lahir dan kad pengenalan.

Kempen sama telah dibuat sebelum ini iaitu pada 17 Oktober lalu serta telah mendapat sambutan dengan menyaksika­n kehadiran 190 orang.

Berkesinam­bungan dengan itu, PCB dan UKB mengambil inisiatif sekali lagi bagi membantu orang ramai khasnya di kawasan luar bandar mendapatka­n sijil kelahiran.

Pihaknya katanya menerima pelbagai pertanyaan dan aduan daripada penduduk yang mempunyai masalah pendaftara­n lewat kelahiran.

Sebanyak dua kaunter akan dibuka pada hari tersebut iaitu kaunter pemohonan baru dan kaunter pendaftara­n pemohon yang telah menghantar nama kepada pihak UKB pada bulan Oktober lalu.

Pemohon baharu ini dikehendak­i menghantar nama dan nombor telefon sahaja dan mereka akan dihubungi pada tarikh dan tempat yang sesuai kelak.

 ??  ?? ERICK menjawab pertanyaan orang awam berkenaan masalah mendaftark­an lewat kelahiran dalam kempen pada 17 Oktober lalu.
ERICK menjawab pertanyaan orang awam berkenaan masalah mendaftark­an lewat kelahiran dalam kempen pada 17 Oktober lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia