Utusan Borneo (Sabah)

Hyeon Chung kejutkan pilihan pertama

Raih kejuaraan sulung di final ATP Next Gen

-

Chung, pemain ranking ke-54 dunia, mengesahka­n kemenangan pada mata akhir ketiga selepas Rublev menyelamat­kan dua mata akhir pertama.

MILAN, Itali: Pemain muda Korea Selatan, Hyeon Chung, mengejutka­n pilihan pertama kejohanan dari Rusia, Andrey Rublev untuk memenangi kejuaraan sulung beliau di final ATP Next Gen di sini Sabtu lepas.

Pemain berusia 21 tahun itu bangkit dari ketinggala­n untuk menewaskan Rublev, pemain ranking ke-37 dunia, yang pernah melangkah ke peringkat suku akhir kejohanan Terbuka Amerika (AS) tahun ini, 3-4(7/7), 4-3(7/2), 4-2 dan 4-2 dalam masa kurang dua jam.

Chung, pemain ranking ke-54 dunia, mengesahka­n kemenangan pada mata akhir ketiga selepas Rublev menyelamat­kan dua mata akhir pertama.

Bekas pelajar Akademi Tenis Nick Bollettier­i di Florida – yang mendapatka­n jurulatih mental untuk membantu beliau menangani tekanan dalam sukan tenis – menerima hadiah kemenangan 390,000 dolar Amerika tetapi tiada mata ranking diberikan jika memenangi kejohanan bawah 21 tahun.

Ia adalah kemenangan ketiga Chung ketika menentang Rublev, selepas menang awal minggu ini dan juga menang di Winston-Salem dalam Jelajah ATP pada bulan Ogos.

Daniil Medvedev dari Rusia, menamatkan kejohanan di tempat ketiga selepas lawannya Borna Coric dari Croatia, menarik diri kerana kecederaan.

ATP menggunaka­n kejohanan sulung itu untuk menguji beberapa inovasi dengan pemain muda berbakat musim ini dan bertanding dalam format berkumpula­n dengan empat set pertama dengan hanya empat perlawanan dengan permainan tiebreak dilangsung­kan pada kedudukan 3-3. -AFP

 ??  ?? HYEON AFP Chung menjulang trofi meraikan kemenangan­nya di final ATP Next Gen. -Gambar
HYEON AFP Chung menjulang trofi meraikan kemenangan­nya di final ATP Next Gen. -Gambar

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia