Utusan Borneo (Sabah)

Estubin FT juara Futsal Tamu Gadang UMSKAL

-

LABUAN: Jaringan tunggal Takiyudin Jamri sudah cukup untuk membantu pasukannya, Estubin FT dari Kota Kinabalu muncul juara Kejohanan Futsal Lelaki sempena Pesta Tamu Gadang UMS Kampus Antarabang­sa Labuan 2017.

Di perlawanan akhir, Estubin yang dibimbing Mohd Kamarul Hamzah menewaskan 88 FT dari Labuan 1-0 untuk membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM2,000 manakala pasukan 88 FT meraih RM1,000.

Tempat ketiga bersama dimenangi Sun Wukong FT dan CSUK FT yang masing-masing menerima RM400.

Sementara itu, pengurus pasukan Estubin, Rashid Rahman berkata pasukannya akan terus menyertai pertanding­an futsal UMSKAL pada tahun hadapan bukan sahaja untuk menilai kombinasi anak buahnya tetapi juga memeriahka­n Pesta Tamu Gadang UMSKAL 2018.

“Estubin bersedia mempertaha­nkan kejuaraan futsal lelaki pada tahun 2018. Terima kasih kepada AJK penganjur yang berjaya mengadakan acara tahunan itu,” katanya.

Beliau berkata Estubin akan menyertai acara futsal di Tamu Gadang UMS di Kota Kinabalu hujung minggu depan.

Hadiah kepada pemenang disampaika­n oleh Pensyarah Fakulti Komputeran dan Informatik (FKI), Soffry Yusof di gelanggang futsal UMSKAL, kelmarin.

Turut hadir, Penolong Pendaftar HEPA Mohd Fadzli Sarudi dan Penyelaras Program Mohd Nazri Ibrahim.

Sebanyak 40 pasukan termasuk dari Kota Kinabalu dan Sandakan selain tuan rumah Wilayah Persekutua­n Labuan menyertai pertanding­an futsal itu.

 ??  ?? PASUKAN Estubin menerima hadiah daripada Soffry.
PASUKAN Estubin menerima hadiah daripada Soffry.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia